Sungai Chiling: Hot sun and hot pants

Haha abaikan tajuk diatas. Gua tak pernah pegi Sungai Chiling ni tapi gua jadi organizer. Last-last, orang lain tunjuk jalan. Haha. Tapi takpe. Gua jadi pemandu pelancong masa jungle trekking. Sungai ni ada air terjun. Air terjun dia 3 tingkat tapi sebab macam rushing, kitorang lepak tingkat pertama je. Nanti nak pegi lagi naik sampai atas. Baru la terbaek. Apa-apa pun mari usha gambar.

Total 13 photos.

Jalan masuk ke Santuari Ikan Sungai Chiling. Nampak macam tak bagi orang masuk tapi sebenarnya dia tanak orang masuk dengan kenderaan je. Dibuka kepada orang ramai pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad sahaja. Jangan mengada nak pegi hari Senin okay!

2. Parking hanya di tepi jalan begini. Tak berapa nak best la sikit sebab nampak macam tak berapa nak selamat. Tapi OK lah tu kot.

3. Jalan masuk dari pintu gerbang tadi menuju ke starting point. Ada lah dalam 30 kilometer. Ngeee. Tipu je. Takut kan? Dalam 500 meter gitu kot.

4. Peta menunjukkan camne nak ke air terjun. Untuk tujuan bergambar, boleh. Untuk pedoman, hancur.

5. Sah Iruwan mendaftarkan diri. Hebatnya! Ya, untuk bermain air terjun disini kene daftar sebab nak masuk dalam hutan jauh kedalam. Banyak kes kecelakaan yang berlaku. Jadi, jangan main masuk je.

6. Perjalanan bermula dengan melalui jambatan gantung tak berapa nak rasa mcm tergantung.

7. Selepas jambatan, akan nampak simpang empat. Takyah ngade nak pegi stret atau ke kanan. Jalan yang sebenar bercahaya dengan nur adalah ke kiri iaitu laluan berair begini. Jangan segan silu nak basahkan kasut kalau pakai kasut sebab lepasni memang kene masuk itu kasut dalam sungai.

8. Jalan ini akan menyusuri sungai dalam beberapa kilometer. Rasanya mcm 2 kilo kot. Hentahla. Tapi jauh la sebelum jumpa crossing pertama. Sementara itu budak-budak tak pernah tengok ikan akan terpedaya dengan kemeriahan ikan-ikan didalam sungai ini dan selalu berhenti untuk bermain di gigi air dan cuba menangkap ikan itu.

9. Lintasan sungai pertama. Weeeeeeeee~ Semua lintasan ada signboard. Kalau takde signboard, jangan mengada nak lintas kang sesat lak bukak trek baru.

10. Tapi tidak boleh tangkap ikan disini. Muka sedih buat semua peminat ikan air tawar.

11. Ada banyak crossing dan seronok. Ada tempat paras lutut je. Ada tempat paras ehem-ehem. Haha. Ada tempat sampai ke dada kalau silap tektik. Nak lagi nyaya, paras mandi wajib kalau dah terhumban dalam air tu. Haha.

12. Sesudah sampai kami dijemput bidadari hot pants. Ha ha ha ha. Terus takde rasa nak main air. Nak lepak-lepak tepi sungai aje dan menikmati keindahan alam semulajadi. LOL. Sebenarnya dari sini boleh hiking naik lagi 2 tingkat air terjun tu. Next trip.

13. Dari salah satu tempat bawah sikit dari air terjun yang tinggi tu.

VN:F [1.9.20_1166]
Rating: 9.0/10 (5 votes cast)
Sungai Chiling: Hot sun and hot pants, 9.0 out of 10 based on 5 ratings

No related posts.

Tags: , , ,

Comments (3)

  1. mak dara wrote::

    Nice picture indeed.. awesome shot!!

    btw i just voted for you for Worlds Bloggers And Social Media Awards 2012.. All the best ya… =)

    Plsssss vote me back for THE WORST BLOG OF THE YEAR @http://socialmediaweek.com.my/awards/category.php?id=33 “click vote di link http://www.bicaramakdara.com ye Thank youuuu =)

    Friday, February 3, 2012 at 11:34 am #
  2. adiman wrote::

    tengs mak dara

    Sunday, March 4, 2012 at 1:09 pm #
  3. Aznan Yasin wrote::

    Saya suka blog ini. Berinformasi dgn kata2 yg sempoi lagi mnghiburkan. Sy pilih blog ini diantara blog2 yg lain utk mncari perihal Sg Chilling. Teruskan memberi informasi. . Sy nk tarik org dtg kesini utk tujuan riadah kelab atau famili day namun msih mndapati kurang info contohnya perlu diceritakan atau foto2 yg memperlihatkn trdptnya pdg utk mngadakan aktiviti, trdapat surau dn tandas, Info brkenaan kena rentas 6 kali sungai, brape jarak masa dn larangan sprti pembuangan smpah, brkemah dibahagian dlm dn sbgainya. Teruskan lagi utk mnjelajah hingga ke air terjun yg ke 3. Klau boleh nk ikut gak….

    Wednesday, November 14, 2012 at 8:58 pm #
  • Post a Comment

    Your email is never published nor shared. Required fields are marked *

    *
    *

-->