Agaknya macam mana gua memikul kamera gua kesana-kemari semasa hiking? Kalau dulu hiking santai-santai gua pegang macam biasa dekat tangan dan kalau bosan gua simpan dalam bag. Bila nak ambil gambar baru berhenti bukak bag amik kamera. Tapi kalau hiking yang hardcore, leceh lah nak berhenti banyak kali amik kamera dalam bag. Jadi gua cipta teknik ni masa trip Gunung Tahan barunih dan dipraktikkan semasa naik Kinabalu Day Climb.
Eh, entry pertama tahun ni! Yahuu.

DIY chest strap yang hanya memerlukan 2 carabiner(bendalah sangkut-sangkut biasa org buat key chain tu) sangkut pada apejadah dekat shoulder strap bag tu.. Memang quickdraw bila nak ambil gambar, tak perlu bukak clip carabiner dan kalau nak bukak pon bole on the fly. Takyah nak berhenti capai bag. Cuma kelemahannya, kamera akan berhayun-hayun menghentam perut. Tak menjada masalah jika perut ada 6 packs. Cuma risau kalau kamera tu pecah nanti sebab kerap terhantuk pada ketulan 6 packs kekar. Gambar dari Lair. Macam askar Jepun dah aku ni.. Terima kasih. Sekian.
Related posts:

Comments (4)
yg kat hidung pun accessories bantuan dSLR eh. hehe
Kau ni Nizan, nak kenekan aku je keje.. hahahahaha
hahah..btl tu….penat woo..lagi2 kat part curam2…nak pegang beg lagi..pastu keluarkan camera..huh…
Akhirnya~