Gua bawak pelancong naik Bukit Tabur lak. Diorang tanak naik kalau gua ada. Jadi gua membawa mereka. Mereka pon berasa gembira. Wahahaha.
Total 14 photos.

Macam bisa, kita pose untuk bergambar dulu sebelum memulakan perjalanan. Kemudian, dengan lafaz bismillah terus panjat dengan hebatnya!

2. Terrain pada awal-awal trek. Agak teduh, lembab and berbatu licin. Kadangkala ada nyonya melintas.

3. Masa nak naik kami terserempak dengan sekeluarga Cina. Depa bising cakap "Hati-hati ada ulat dekat batu" dalam pelat Cina. Kitorang kompiyus. "Ular ke ulat ke ulat tu ular??" Haha. Rupanya inilah ulat yang dikhabarkan; sekumpulan ulat gonggok. Ramai betul mereka. Pasti baru lepas gathering ni.

4. View biasa dari batu Titanic.

5. Bukit tabur ni banyak puncak sebab dia adalah rabung tang berbonggok-bonggol. Kalau rajin bole la hafal berdasarkan nombor yang tertulis pada batu-batu kat atas sana.

6. Bukit Tabur juga bukan sejenis bukit yang teduh. Oleh itu sesuai jika pergi tengah hari untuk mendapat kesan tan pantas ala-ala beach boy. Pastikan ada kesan tali bra. Oh ini dah lain. Hehe.

7. Dari atas ni kita boleh nampak Bandaraya Kuala Lumpur. Ada kawan gua tanya gua masa nak kat atas Broga, "Leh nampak KL tak?" Er.. er..

8. Tatau dah berapa banyak puncak dah. Tapi yang pasti, panas nak mampus. Sila bawa air secukupnya. Oh bai de wei, gua ade jumpe manusia naik Bukit Tabur pakai selipar jepon je. Selipar jepon adalah untuk keluar dating dan kasut adalah untuk hiking.

9. Di belah kiri adalah air empangan Kelang Gate dan jauh di depan adalah Bukit Tabur East. Khabarnya pelancong-pelancong ini nak naik East lak. OK jom.

10. Antara cabaran yang terdapat di Bukit Tabur West. Macam ayat majalah maskulin pula.

11. Eh eh angkel tu nak amik gambar gua lak. Tahu la gua hensem.

12. Dari sini bole skodeng budak UIA terlampau.

13. Kolumpo. (Tatau nak letak caption apa. LOL)

14. Kami semua di penghujung BUkit Tabur. Muka penat tak cukup air. Haha.
Related posts:
Tags: Bukit Tabur, Sigma 10-20mm f/4-5.6 EX DC HSM
Comments (6)
basecamp tabur tuh! hehe :)
Boleh tak kalau nak gambar no. 4 dan 9 utk dibuat wallpaper Bang Aji anakanda?
KNizam: basecamp la sangat!
anakanda: nanti bebapak emailkan
Aku menyampah betul la gambar tajam tajam ni..nak kasi tajam gambar ni edit kat potosop gak ke?(sori kalau rasa soalan cam barua)
Aku tak Photoshop pon sebab aku pemalas. Haha. Aku tacap sket dalam Lightroom je.
Bro pun panjat bukit tabur… cayalah… pix sume tetap smart…