Last time gua pergi Indonesia adalah pada tahun 2008. Masa tu pergi Jogjakarta. Bole tengok la gambo orang menari-nari di Borubudur. Kali ini gua revisit ke Bandung & Jakarta pulak angkara member gua yang terjumpa tiket Air Asia murah. Gua pon layan je la. Sebelum pergi, nak kata teruja, tak teruja langsung sebab gua dah tahu camna environment sana. Cuma aku nak tahu apa yang orang seronok sangat cakap Bandung ni syorga shopping.
“MURAH GILAAAAAAAAAAAAAA!!!” Jerit Supi Supian dengan ganasnya lantas rebah dengan mulut berbuih membuak-buak kerana diserang sawan babi keseronokkan bershopping. Tangan kanan menggeletar sambil menggeggam erat kat kredit Citibank. Sebelah tangan lagi dengan jari telunjuk lurus tak henti mencucuk timbunan kain baju.
Gua hairan kerana tak pernah berjumpa kaum Adam yang sawan kerana shopping.
Tapi dikhabarkan ada disana!
Gua bersama 3 orang kawan plus seorang budak kechil bermula dari Kuala Lumpur, mendarat di Bandung dan terus naik van bersama supir ke Jakarta melalui jalan lama sebab nak singgah Puncak dan Taman Safari.
Personal travel log:
26 November 2011
8:05 AM (GMT+7) – Tiba di Lapangan Terbang Husein Sasteranegara.
8:20 AM – Bertolak ke Puncak.
12:35 PM – Tiba di Masjid Atta’awun, Puncak.
1:05 PM – Bertolak ke Taman Safari.
1:24 PM – Tiba di Taman Safari.
3:46 PM – Bertolak ke Jakarta.
5:40 PM – Tiba di Jakarta dan tersumbat dalam jem (macet)
6:30 PM – Tiba di Smart Hotel, Jakarta.
27 November 2011
9:00 AM – Melepak-lepak di Grand Indonesia dan Plaza Indonesia. Satu group lagi lepak di Pasar Baru.
12:56 PM – Bertolak dari Smart Hotel ke Stesten Keretapi.
1:14 PM – Tiba di Stesen Keretapi Gambir.
4:15 PM – Bertolak dari Gambir menuju ke Bandung.
7:15 PM – Tiba di Bandung.
Total 34 photos.

Perjalanan dari Bandung menuju Puncak adalah melalui lebuhraya dan kemudian susur ke jalan lama. Siapa kata negara lain takde tol? Siap ada sign board suruh BAYAR TOL! Haha. Highway kat sana nak kata proper mcm highway Plus, jauh sekali. Bersyukurlah dengan kemudahan yang kita ada sekarang. BAYAR TOL la! HAHAHAHAHA.

2. Setibanya di Puncak, kami solat jamak zohor & asar dahulu di Masjid Atta'awun. Kitorang pegi solat, supir lepak kat bawah minum kopi. Binawe tu. Barangkali optional untuk dia. Sebelum sampai Puncak pak supir claim atas ni sejuk macam Cameron Highlands. Pastu tanya dia, "Pernah ke Cameron Highlands ke?" "Tak pernah". jawab beliau. Puiih kencing orang kompiden betul kau. Fakta: Atas puncak ni tak sejuk pun.

3. Di puncak. Masjid ni unik sebab nak masuk kedalam perlu lalu dalam kolam yang kononnya mcm anak sungai mengalir untuk basuh kaki. Tapi aku tengok air dia takde la mengalir mana pun. Dah berlumut-lumut dah. Haha. Okla aku bagi jugak la markah sebab air dia sejuk dan creative effort.

4. Seterusnya ke Taman Safari. Mula-mula gua ingat tempat ni macam zoo, jalan-jalan nengok binatang. Rghupenye, kita masuk dalam tu pakai kereta saja. Tak perlu turun. Itu binatang yang datang jalan dekat kita wooo. Hebat gila. Jakun la sekejap sebelum cuak kene serang dengan binatang kelaparan dan busuk kepam. Haha.

5. Bro, itu bukan kambing bro. Itu Zebra crossing the road not using the zebra crossing, bro!

6. Bebetul rasa macam dalam safari la bro. Macam tak percaya pun ada. Bersepah binatang dia lepas macam tu je. Kalau kat Malaysia mau abes dah mati kene langgar. Haha.

7. Adakah itu seekor alcapa?

8. Usha orang semacam je. Bukan nak cakap terima kasih dah diberi carrot.

9. Om nom nom nom nom.

10. Rusa usha line. Kot-kot ada makanan selain carrot. KFC ke.

11. Mula-mula buka tingkap luas-luas tapi bila depa ni terlebih mesra mintak makanan, adalah sedikit cuak untuk buka luas-luas. Molot binatang herbivor didalam kereta adalah tidak seronok yo!

12. Zirafah tapi kalau jawa dipanggil jirapah. Haha.

13. Cita-cita murni nak jadi beach boy. Lalu bermain air dan berjemur sepanjang hari. Akhirnya menjadi hitam legam tanpa sebarang bikini tan yang seksi.

14. Pada mulanya beliau dihiburkan kawan gua yang berbaju merah tu. Seronok la gua buka tingkap. Tapi bila member gua tutup tingkap, terus dia nak berkawan dengan gua. Cepat-cepat gua tutup cermin belakang sebelum beliau ajak bermanja.

15. Salwa adalah nama ciki. Satwa adalah binatang kat dalam Safari tu.

16. Kalau yang ni nak melintas, memang akan didahulukan.

17. Kerana rusa, babi dapat nama. Kesian rusa, tak pepasal jadi saudara mara.

18. Jeng, jeng, jeng! Turunla kalau nak kene sondol dengan babirusa!

19. Contoh kalau tutup tingkap. Pasti selamat! Walaupun singa tu kecik sikit je dari kereta, tapi beliau tak boleh menggigit besi! LOL

20. Yang ini tengah chill. Gila ah muka calar balar. Memang hustler ni.

21. Homai! Sebelah kereta je woi! Tak penah sepanjang hayat aku dekat macam ni dengan singa. Kalau dia sergah mau terkincit dalam seluar.

22. Singa betina tengah chill.

23. Amik kau. Apa kau ingat 2 ekor je?

24. Nice ass. Nampak kecik je badak sumbu ni. Tapi sebenarnya beliau sebesar Estima sebijik. Serious shit gua tak tipu.

25. Kecik-kecik dulu cikgu ajar alam dan manusia kau ponteng kelas pegi isap rokok bawah tangga. Sekarang dah jadi bodoh kasi buaya makan pisang dengan lobak merah. Adoi!

26. Di Jakarta, lobi Smart Hotel. Nampak tak logo halal bucu belah kanan atas tu? Time ustaz mengajar kau pegi isap rokok dalam jamban. Kan dah bodo piang takleh nak beza halal dengan haram.

27. Sini memang bijok. Ala-ala Pavi. Semua butik high end je kat dalam ni. Golongan hina akan terasa terhina kalau masuk dalam ni. Haha.

28. Dah bosan di Jakarta, kita kembali ke Bandung dengan menaiki keratapi kelas eksekutif. Kelas eksekutif ni adalah macam 1st class. Kalau business class, tu 2nd class. Macam terbalik je.

29. Kerusi dia besar, luas dan selesa dan ada bantal kecik satu sorang. Gambar ni takde kaitan dengan penerangan. Haha.

30. Manusia dimana-mana. Seronok juga sekali sekala menonton keretapi lalu.

31. Kan dah cakap luas dan selesa dan ekon dia sejuk nak mampus bila malam menjelma.

32. Karmilla hotel di Bandung. Bilik gua. Kiblat tunjuk arah pukul 11.

33. Karmilla hotel, bilik member gua (sebelah sahaja) anak panah kiblat tunjuk ke arah pukul 1. What the fffffffffffudge? Kalau belajar matematik, kita ambil purata. Jadi, lebih afdal solat mengahadap pukul 12. Haha.

34. Nasi ayam penyet. Rasa dia so-so je. Ada Pelam muda?, timun, tomato ijau. Tak pedas macam di Malaysia.
Related posts:
- Pulau Perhentian Kecil – Part II
- Pulau Perhentian Kecil – Part I
- Bandung + Jakarta: Jalan-jalan cari pasal – Part II
- Malu bertanya sesat jalan

Comments (20)
wahhh….lama x layan pic dari abam..
member2 saya tiap2 tahun p bandung soping2..
xde la pulak ada org penah citer pasal safari kat jakarta ni..
neway, gambar no 9 cute very the…
wah ada update la. hehe :)
Keep it up! (Ini komen ala2 fotopages)
dzul: cuba le singgah kalau kesana. terbaek oh. haha
nizan: iyo, ese dah hapdate.
ikirana: haha tengs
Tajam weh gamba2 sume..
Haha pakcik, itu la gambar-gambar ISO 1600 dengan ekstim low light 200mm handheld. LOL
Ah sudah..iso 1600 tu gua paham la,ekstim 200mm handheld tu amende pulak?ni rase takleh tido ni..
ekstrim low light. haha typo la.
200mm f stop tak berapa nak bukak besar handheld ah. itu gamba yang jadi tahpape tu
sangat menarik, terima kasih
sama-sama kasih. haha
salam adiman…sy tengah survey n mencari travel guide best di bandung n terjumpa blog anda, jadi kalau tak keberatan blh tak sy nak contact no. pak supir di bandung tu sbb mcm menarik je dia bw g safari semua tu…
salam adiman…sy tengah survey n mencari travel guide best di bandung n terjumpa blog anda, jadi kalau tak keberatan blh tak sy nak contact no. pak supir di bandung tu sbb mcm menarik je dia bw g safari semua tu… :)
yuhin, sorry saya tak ada nombor supir tu. anyways, ramai je yang turun flight dari bandung and ambil supir dari sana ke jakarta. but still better arrange siap-siap. sorry again sebab takde nombor.
Bro..safari tu kat jakarta ke?jakarta mana?selatan barat timur tengah?haha.aku nk gi sana next week ni.mohon info.maceh =)
Yayaemilyyusop,
tak sure la timur ke barat ke kat mana tapi dia diantara Jakarta dengan Bandung. So kalau pegi mana-mana dua tu leh singgah di tengah jalan. Satu tu je safari terbesar kat jakarta. Tapi tak sure la selatan barat timur tengah tu. Hahaha cakap je kat supir tahu la dia kat mana :D
Haha.okay.thanx bro.baru jmpa blog ni.nice.really made my day.lawak =)
wow…bestnyer jalan2 korang..brp sewa tu supir?sy akn pergi indon hujung thn ni..klu 3haRI 4 MLM sempat ke nk pusing jakarta, yogyakarta n bandung?
like…
Hai
Camne nak book bilik kat smart hotel?
Ada email atau contact no?
Tq
cantiknya pic2 ni..guna kamera aper ye :)