Bila bercakap tentang fotografi digital, sudah pasti akan dihantui dengan perkataan ‘edit gambar’. Secara tidak langsung menyebabkan persepsi penilai berubah dari menilai bakat menangkap gambar kepada bakat meng’edit gambar’ atau menganggap foto tu cantik 100% kerana edit. Kalau tidak edit, pasti huduh tak bermoral. Haha.
Antara dialog yang selalu didengari:
“Kau terer Photoshop, mestila gambar kau lawa”
“Lawanya gambar ni, mesti edit ni”
OK takpe, mari kita rungkaikan persoalan ni. Dengan satu soal jawab agar senang difahami.
Adakah jurufoto digital akan edit foto mereka?
Ya, 90% foto mereka akan di edit. Jika mereka menggunakan format RAW, maka 100% gambar itu PERLU/WAJIB di edit.
Apakah format RAW?
Satu format dimana jurufoto budak-budak tidak reti nak pakai. (bermakna lagi pro jurufoto itu, lagi banyak edit)
Kenapa masih perlu edit? Tidakkah kalau dah terer, gembar yang keluar tu dah terus cantik?
Kalau beli kamera berharga RM28,000 maka kompem cantikkah gambar tu? Kalau cantik pun, kamera itu hanya alat untuk merakam. Hasilnya mungkin 99% seperti yang dirancang tetapi, untuk melengkapkannya, 1% lagi tu datangnya dari kerja editing.
Cantik dah ni? Nak kene edit jugak?
Kalau cantik dimata tuan, tak semestinya cantik di mata hamba. (point aku, seni berlainan nilainya bagi setiap individu)
Fotografi analog(pakai kodak) tidak ada ‘edit gambar’kah?
Sebenarnya itu pon ada, tapi pakai chemical lah dan memacam cara lagi. Waima foto analog pun boleh di’digital’kan.
Jadi, jurufoto yang bagus adalah jurufoto yang tahu Photoshop. Gitu?
Ya dan tidak. Ya, dan satu kelebihan untuknya kerana tidak perlu bergantung kepada graphics editor. Tapi, tidak bermakna jurufoto yang bagus sudah cukup untuk memberi impak wow pada fotonya tanpa sebarang editing. Cuma, jika ditambah sedikit editing, pasti akan menjadi WOW! (huruf besar. haha)
Masih tak paham? Susah bebenor kau ni. Mari buat perumpamaan pulak.
Perumpamaan yang paling simple. Foto yang chantek adalah diibaratkan seorang awek chantek tanpa mekap/hairdo. Dia memang cantik. Kalau jumpe mesti nak pandang dua kali. Punye la cantik. Ish, ish, ish..
Tapi tidaklah sampai mahu pergi tegur dan mengorat kerana tiada faktor WOW! Kemudian esoknye, awek ini pakai baju shekshi dengan bermekap/hairdo. WOW!!! Beratur manusia pegi mintak nombor telefon. Inilah umpama foto yang sudah di edit dengan jayanya.
Tetapi, kalau mak andam itu adalah seorang yang bedebah tak guna dan sia-sia dan tak pandai mekap, maka menyesal tak sudah awek cun itu dilahirkan cun. Apa tidaknya bila mekap sudah seperti badut bernama Abang Dozo. Haha. (analogi edit gambar melampau-lampau atau tak pandai tapi syok sendiri)
Itu sahaja.
Akhir sekali, gambar adalah gambar. Foto adalah foto. Bagi aku, foto yang sudah tidak natural adalah gambar dan foto yang natural adalah tetap foto. (terima kasih piiwon.com kerana mengingatkan aku tentang ni)
Sekian.
VN:F [1.9.3_1094]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)