Aku kameramen cabuk. Aku pakai Nikon D50 sahaja.
Sifu aku kata, nak amik gambar, amik dengan hati. Tapi mata kene buka.
Kamera pinjam takpe. Tapi mintak dulu dengan tuan dia.
Kalau kau suka gambar aku, cakap lah suka. Kalau kau tak suka kau dok diam saja.
Selamat datang. Nama aku, Adiman. Aku suka ambil gambar. Aku belaja sendiri je semua. Tapi ada jugak otai yang ajar aku secara tak formal. Aku terdetik untuk membeli kamera bila tak tahan dengan gambar-gambar lawa orang amik.
Terima kasih kepada kawan aku laki bini; Usop dan Yana, akhirnya aku memiliki seekor Nikon D50 khas dari Jepun.
Dah ada kamera tak buat bisnes ke?
Dulu aku aku pernah semi-pro dalam bidang fotografi perkahwinan Melayu. Bersama Aizec, kami tubuhkan Happypictures. Tapi sekrang Happypictures dah takde. Sebab terlalu banyak permintaan, kami menjadi kaya dalam sekelip mata.
Sapa kata jurugambar takleh jadi jutawan? Tengok saja aku. Bersara awal sebab dah jadi jutawan. Sekarang aku di Pulau Hawai, menghabiskan segala saki baki kekayaan. Haha.
Semua gambar dalam blog ini adalah dari kamera aku unless stated. Semua hakcipta gambar -gambar didalam blog ini adalah terpelihara berdasarkan Creative Commons Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia License. Sebarang penerbitan semula tanpa pengetahuan pemilik asal adalah tidak dibenarkan sama sekali.
Terima kasih.

