Rugi lah beli drybox

Seorang jurufoto yang obses dengan gear ramai bersepah didalam dunia ni. Aku dah naik muak bila orang tanya “Hey, nak amik gamba orang kawen kene ada lens apa?” Pedulik shaitan la nak pakai lens apa. Janji pandai pegang kamera tu. Sibuk nak tahu pasal lens buat apa kalau kamera pon tak kenal lagi.

Jadinya kau beli jugak lens harga 7 ribu sebab kau mampu. Fine. Aku dengki sebenarnya. Haha. Okeh. Sebelum apa-apa berlaku meh aku nak pesan. Kalau kau mampu beli lens mahal-mahal atau kalau tak mahal pon yang murah-murah banyak ketul tu.. Jangan lah kedekut nak invest tak sampai seribu pun untuk sebiji drybox.

Meh aku cerita pengalaman Encik Burhan.

Masa tu Encik Burhan ada 2 ketul lens. 18-200mm VR dan kit lens. Oleh sebab Encik Burhan ni jenis papa kedana takde duit tapi gatal nak main gak kamera, beliau kosider benda-benda bodoh yang lain seperti peralatan penjagaan kamera adalah low priority. Orang melayu kata, toksah membazir la.. beli nak buat apa? Simpan dalam kotak tabur sedikit silica gel dah le.

Jadi Encik Burhan tak beli la drybox. Mahal lah. Baik simpan duit buat beli 50mm ka, lagi berbaloi-baloi. Beliau kompen pada diri sendiri.

Pada suatu hari bila Encik Burhan belai-belai lens 18-200 kesayangan beliau (sayang la sebab harga dia celaka mahal. haha) tiba-tiba beliau ternampak setompok objek putih mcm ala-ala kulat roti dalam kaca lens beliau.  TERUS BELIAU RASA MACAM NAK HISTERIA KESERONOKKAN.

Kau jangan memain dengan fungus ya. Sebabnya dia boleh menjangkiti lens lain, spora dia boleh masuk dalam kamera dan sebagainya. Paling penting dia bukan sejenis cendawan yang boleh dimakan. Toksah mimpi nak jadi tokey cendawan goreng kat pasar malam. Lagipun orang tanam cendawan atas dedak bukan atas lens. Tak caya tanya orang FAMA.

Dalam kesedihan, beliau pegi hantar lens beliau ke Nikon Center untuk cleaning. Kau tahu berapa diorang quote beliau? Dalam 700 hengget sebab terpaksa TUKAR 3 element dalam VR. Terbaek. Kenapa tak cuci je? Sebab dia dah masuk dalam VR. Bahagian tu tak boleh cuci. Jadi beliau pon pasrah dengan RM700 sebab beliau mana ada RM700. Tujohpoloh sen ade lah dalam poket.

Beliau pon balik rumah dengan hampa. Tak jadi la nak repair. Mana ada duit. Baru la beliau terfikir nak beli drybox. Bila tanya-tanya orang, harga tak sampai RM700. Kalau awal-awal beli kan selamat tak jahanam lens rega RM2500.

Moral kali ini: Kalau sayang kamera, jangan kedekut untuk beli drybox ya? Drybox adalah sangat penting.

Tak yakin lagi? Soalan dia mudah:

Nak rugi banyak ke nak rugi sikit?

VN:F [1.9.3_1094]
Rating: 5.0/10 (1 vote cast)
Rugi lah beli drybox, 5.0 out of 10 based on 1 rating

No related posts.

Support adiman.net by clicking the ads. Thank you!

Comments (4)

  1. nik wrote::

    kasihan enche burhan…beritahu sama dia, kalau dah tak mahu sama itu vr len, boleh lah tolak ke ambe dengan harga 300 sahaja…

    Thursday, March 4, 2010 at 9:55 pm #
  2. adiman wrote::

    nanti aku bagitau enche burhan. haha

    Sunday, March 7, 2010 at 6:32 pm #
  3. awe wrote::

    Kisah En Burhan dan Dry Box yang simple n menjuluk penkreas aku untuk bergelak di pagi2 monday blues ni….

    Betul2 tu En Adiman…hee..hee

    Monday, March 8, 2010 at 11:23 am #
  4. lair wrote::

    opismate aku ada pengalaman yg sama dgn enchek burhan. habis duit tabung anak dia dikerjakan.

    Wednesday, March 10, 2010 at 12:07 pm #
  • Post a Comment

    Your email is never published nor shared. Required fields are marked *

    *
    *
7 visitors online now
1 guests, 6 bots, 0 members
Max visitors today: 12 at 02:25 am UTC
This month: 47 at 09-03-2010 02:59 am UTC
This year: 47 at 09-03-2010 02:59 am UTC
All time: 47 at 09-03-2010 02:59 am UTC