Apa pun terjadi. Hati mesti hepi.
Bangun pagi pukul 4:30 memang berbaloi-baloi kalau pikul bag berat berkilo-kilo yang kononnya nak test ketahanan mental dan fizikal mendaki Bukit Broga(Kononnya latihan intensif la). Kaki aku pencit gila kali ini. Woh!
Tanah berabuk dan Licin dan crocs tanak grip langsung, nak melangkah tak selesa sebab seluo londeh(dah macam skaters dah londehnye. Haha), beg berat macam haram. Macam nak mampus aku rasa. Lagumana nak panjat Kinabalu gini? Oh.
Mungkin sebab aku lapar.
Hari yang kering, berdebu dan licin memang mengundang insiden ‘duduk sebelum berlunjur’. Walaubagaimanapun, sila menikmati gambar sunrise tak sunrise sangat dari Bukit Lalang, Semenyih.
Bai de wei, siri gambar kali ini adalah dengan menggunakan Cokin P121 GND8 dan ada yang dikombinasi bersama Cokin P125m Tobacco. Enjoy!

Sunrise di Bukit Broga. Takde view sangat sebenarnya. Tapi layan jugak lah bila bermain dengan mainan baru iaitu set filter dari Cokin. Hehe.

2. Efek gila ganas bila pakai P121 GND8 & P125 Tobacco filer. Nampaknya tak berapa nak sesuai dengan sunrise. Kalau sunst di pantai pasti terbaek dari ladang! Sapa nak ikot aku pegi pantai lak amik gambar?

3. P121 + P125 yang sipi-sipi saja dan exposure dengan aperture kecil sebab nak dapatkan starburst dekat matahari. Bila filer berlapis-lapis ni flare bersepah la pulak. Hehe.

4. Matahari dah meninggi. Jadi, sila bermain dengan P121 GND8 sahaja. Oh aku suka betol bila langit jadi macam tu.

5. Gambar-gambar seterusnya semua menggunakan P121 GND8

6. Dengan harapan gambar ini lain dari yang lain.

7. Ini juga.

8. Ini juga. Dah takde modal dah aku ni..

9. Ramai nak mampus orang. Series, naik meluat lak aku bila orang ramai sangat dan banyak sampah pulak tu. Jangan la buang botol air atas bukit tu.. Adoi..

10. Punya la ramai sampai nak kemana-mana pon kene beratur. Sesampai dekat puncak pertama, penuh manusia. Takde tempat nak lepak. Lepasni abis semua lalang penyek jadi tempat lepak sebab ramai sangat manusia. Besok-besok jadi bukit gondol.

11. Macam biasalah, star kita - encik bunga lalang.

12. Shot biasa. tapi dengan lebih biru diatas. Kombinasi biru-hijau. Aku suka.
Nanti aku tulis satu entry untuk share pengalaman aku menggunakan Cokin Filter System.
Related posts:
- Broga Hill – Gunung Tok Wan
- Broga Hill #3
- Broga Hill Versi Terbako
- An idiot guide to Broga Hill for Idiots

Comments (12)
owh bestnye, pegi tak ajak.. ):
gambar2 sifoo memang terbaiklah..:) dahlah ada getjet mahal walaupun cuma sekeping cokin..memang sifoo lah sifoo ni,hehehe..:) tak sempat nak gomol ngan sifoo aritu,huhu..sifoo menduakan aku, hahahahahhaa
elehhhhh.. tak sempat gomol konon. sifu tipu dengan memberi harapan gomolan teseksi!
terbaekkk… the the 3rd pic. nak itottttt
SAlam otai…cantekk..gambar2. Best naik atas kali pertama tapi humaih!! ramai nyer orang2…
umiyan: thanks! jomla ikot hehe
awe: haha sapa otai ni? dulu tak ramai. macam best dan tenang sket. skrg dah mcm pesta. tak best dah broga hill
salam sifoo adiman..
mmg best gambar ko..
lagi² bile gune cokin..
mantap wei..
kekekeke
mmg ramai pun…
dah jadi cam tempat rekreasi..
hahah
HAHAHA APEKES SEMUA PANGGIL AKU SIFOO
ACAI LA SIFUUUU~~~!
itu lah dah jadi pesta tak best. mari kita menjahanamkan bukit lain lak supaya jadi mcm bukit broga ni. wohahaha!
no.1 & 4, langit cantik.
tengs!
Nak gi la mcm comel je
kewl bro.. cool storie ^^v
takde button *like* kat sini :p