Bukit Tabur (West side)

Semua orang duduk bising cakap view atas Bukit tabur superb. Sampai ramai mati sebab jatuh masa nak panjat bukit ni. Ganas woo bukit ni. Gua pon terhegeh-hegeh la kesana. Dengan ini gua melaporkan.

Info mengenai Bukit Tabur (West side):

Lokasi: Taman Melawati, Kolumpo.
Ketinggian: 400 meter. Tambah tolak.
Masa perjalanan: 2 jam. Dari bawah dan menyusuri rabung kuartz dari hujung ke hujung. Turun, ikot trail dusun about 1 jam.
Cara untuk kesana: MRR2, exit Taman Melawati, roudabout pukul 9, rounabout pukul 12, belok kanan, terus sampai jalan mati pintu gate Puncak Niaga.

Tahap kesukaran: Dari tahap biasa-biasa ke tahap boleh membawa kepada kecelakaan. (Sila berhati-hati) Jangan lupa bawa banyak air sebab bukit ni panas nak mampus. Ade kes manusia terhidrat(dehydration) sebab tak cukop air minom.

Seterusnya siri gambar tengah hari yang panas.

Angin, bawalah aku bersamamu, tebang ke Bukit Tabur.

2. Starting point. Banyak kereta parking tepi jalan. Depan tu sikit tempat panjat. Haha.

3. Bukit Tabur (West) starting point.

4. Kan gua dah kata ade orang mati kat sini sebab jatuh.. Yang patah-patah toksah cerita la. Tapi dia tulis kot jawi daa.. Seb baik ade translation.

5. Laluan agak curam la jugak dan banyak batu. Ini baru permulaan.

6. Lepastu gua jumpe selai brader ni bawak anak dia. Kecik-kecik dah latih naik bukit. Semangat nak panjat sendiri tanak orang tolong pulak tu. Besar besok leh jadi penunggu bukit. Haha.

7. Ini namanya batu kuartz. Kalau jatuh atas dia, soheh akan berasa sakit. Sama macam batu lain, tak mesra pengguna.

8. Dari masa ke semasa, akan nampak view ini dari puncak-puncak yang berlainan.

9. Ini adalah pokok.

10. Nombor 7 yang menandakan bahawa gua sekarang berada di puncak yang ke 7. Kata seorang brader, jumlah semua ade 13 puncak dari hujung ke hujung rabung. Kalau brader tu kencing gua, maka gua pon kencing lu la. Ini namanya kencing berirama. Haha.

11. Ada juga laluan bertanah dan penuh dengan akar pokok yang sangat friendly sebab suka menyadungkan kaki gua.

12. The big green rope are tied to a tree and then tied to the rock. Dont worry about the rope, just dont let go of it for god sake when repelling down!

13. Beginilah caranya ya adik-adik. Kalau jenis yang gayat tu takyah la ye. Kang tak pepasai terlekat kat situ nak turun tak boleh, nak naik balik tak boleh. Haha.

14. Hang nampak kegelapan dibawah tu? Haha. Kalau jatuh paling busuk kompem luka-luka atau patah kaki. Bahaya woo! Inilah skill tali temali peringkat pertama di Bukit Tabur.

15. Kemudian nampak burung helang terbang. Dengan kuasa zoom 50mm sahaja, inilah hasilnya. Burung apa? Burng helang nak. Burung apa? Kau nak kene luku ke nak?

16. Pokok tongkat ali. Boleh digunakan untuk ehem ehem.

17. Ni batu titanic. Boleh naik atas ni menghadap tasik empangan dan buat gaya titanic. Jaga-jaga jangan jatuh sudah.

18. Naik dan turun dan naik dan turun dari hujung ke hujung. Inilah aktiviti di Bukit Tabur. Sangat panas sebab tak banyak pokok. Macam mana nak ada pokok, ini bukit penuh batu.

19. If you climb in the morning you take sunrise. If you climb in the afternoon you take sunset. If you climb in the not so morning not so afternoon, you take this la because the sun is bloody hot over your nuggen.

20. Ade anjing lak atas ni. Tak boleh ke tuka dengan binatang lain macam beruang panda ke, platipus ke, ewok ke. Hehe. Gambar: Pandai la pulak mereka berdua pose. Haha!

21. Selepas cabaran melepasi aning, ada seekor lagi tali temali yang menyeronokkan. Kali ni warna hitam.

22. Kali ini cara nak turun macam ni ya. Bai de wei, nampak tak kat bawah tu macam mane? Haha seres aku cuak kuasa dua masa ni. Pertama, cuak nak turun dengan tali. Kedua, kat belakang aku tu ade anjing la wei! Nak lari tak boleh. Sekali dia jilat aku tak ke free kene samak.

23. Lepastu kene panjat batu curam lak. Ni kira tak berapa nak curam lagi.

24. Yang ni kompem ala-ala 90 darjah macam panjat dinding. Pandangan dari atas. This is how Ahmad Monolo do it.

25. Di penghujung, kami disambut dengan green karpet kata brader itu..

26. Masih di green carpet.

27. Ini gambar sebelum green carpet.

28. Ini bag aku dengan botol air aku dengan lens cap aku. Kesian, mereka juga mahu bergambar.

29. Disamping kehijauan ade juga keorenan,

30. Aku convert black and white lah. Rasa macam dalam filem fantasi lah. My preciousssssss~~.

31. Close up karpet. Buatan Iran kot ni.. Mesti mahal ni...

32. Trail ke penghujung yang penuh dengan ketenangan cewah!

33. Baring-baring disini adalah sangat best akan tatapi ade banyak semut hitam la pulak. Dengki betol.

VN:F [1.9.3_1094]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)

Related posts:

  1. Bukit Tabur (East side)

Tags: ,
Support adiman.net by clicking the ads. Thank you!

Comments (15)

  1. tuan tanah wrote::

    Entah2 anjing tu penunggu bukit. hehe.

    Sunday, January 24, 2010 at 11:01 pm #
  2. M-I-N wrote::

    ternganga kekaguman ngan terbahak bahak baca rumusan bergambar.

    Sunday, January 24, 2010 at 11:16 pm #
  3. adiman wrote::

    tuan tanah: itu anjing legend. haha. memang penunggu bukit tu.

    min: kau kagum kenapa? haha

    Sunday, January 24, 2010 at 11:23 pm #
  4. cantik la wrote::

    terbaek….

    Monday, January 25, 2010 at 1:08 am #
  5. adiman wrote::

    tengs

    Monday, January 25, 2010 at 8:58 am #
  6. umiyan wrote::

    rajin ko memanjat2 nih yeh…. panjat memanjat…naik menaik…turun gelungsur…mmmmpppphhhh

    Monday, January 25, 2010 at 1:13 pm #
  7. anas wrote::

    bagus, bagus. *rungkas segala gunung bukit kat malaysia dulu. lepas tu naik everest pulak. kamon karim!

    *rungkas = rukah = panjat. hahah

    Monday, January 25, 2010 at 4:59 pm #
  8. Acaii wrote::

    Sifoooooo!! sangat kagum..sangat kagum..sangat kagum..kagum sangat..kagum sangat!! memang ngeri siot kat atas tu..kalau aku dah telefon bomba suh datang tolong, hahahaha..gambar semua mantap2 dan boleh jual sbg stock photo sifooo!!

    *sifooo, nak mintak biografi..eh silap, autograp..

    Monday, January 25, 2010 at 5:51 pm #
  9. dana nawal wrote::

    lawaaaaaaaaaaaa..n challenging….byk2 plg tkt si hanjing tu…n sgt respek budok kicik tu…kalo nawal ikuk mesti history..eheh

    Monday, January 25, 2010 at 6:45 pm #
  10. adiman wrote::

    umiyan: terer la kau tahu aku turun pakai gelongsor. hehe

    anas: banyok tu bungkit dan gunum aku kene rungkas sebelum everest. haha

    acai: sifuuuuuuuu~~~~~~~ puji bukan main. takde duit kecik la nak kasik. haha. bila sifuuuuu~~ nak ikot panjat bersama ni?

    dana: mmg challenging bab panjat2 tu tapi budok tu sampai tempat takde pakai tali-tali ni. bahaya woo

    Monday, January 25, 2010 at 9:04 pm #
  11. landaklaut wrote::

    woww… mcm sangat mengecutkan perut je tengok kecuraman bukit tu.. tepuk kepada adiman kerana berjaya sampai ke puncak bukit tabur! kalau tak, tak dapatlah saya tgk kapet hijau itu.. huhu..

    Thursday, January 28, 2010 at 11:35 pm #
  12. anoni wrote::

    aik? banyak gambar orang naik sini ada gambar anjing tujuga. takut ah bukit ni ramai mati. dr. haliza ngan dr amin pun mati kat sini gak kan? pelik why orang nak naik gak tanpa alat2 keselamatan.

    Monday, February 1, 2010 at 3:55 pm #
  13. adiman wrote::

    landak: sangat mengecutkan tapi tak kecut pon. wohaha

    anoni: dr. mana tu? tak penah dengar pon.. ekceli tempat tu takde la bahaya sangat tapi sebab lack of safety precaution kot yang sampai mati-mati tu..

    Monday, February 1, 2010 at 4:01 pm #
  14. yanazhad wrote::

    pic#30 tu sejibik mcm pic aku kat Kita Senri Koen, Osaka.. just tade sakura je hehe.

    Tuesday, February 9, 2010 at 1:47 pm #
  15. Shah wrote::

    Nama Anjing tu “Peace”, nama melayu dia “Pizah” , anjing betina. sangat friendly. Sabtu, ahad dan cuti umum memang rutin dia ikut orang naik bukit tabur. Masa rescue team datang cari orang jatuh bukit pun dia akan ikut. Kalau terserempak dia kat atas tu jangan takut, tapi bagilah dia makan dan minum. Sebagai upah menjaga orang yang turun naik bukit. Dia memang popular kat bukit tu, mana2 blog yg berkenaan bukit tu mesti ada gambar dia. Sebenarnya tuan Pizah ni Melayu. Ada rumah kebun kt bawah bukit tu. Kalau kt rumah tuan dia, kawan dia kucing-kucing. Pelik sikit Anjing ni.

    Friday, February 12, 2010 at 1:44 am #
  • Post a Comment

    Your email is never published nor shared. Required fields are marked *

    *
    *
5 visitors online now
0 guests, 5 bots, 0 members
Max visitors today: 6 at 02:05 am UTC
This month: 47 at 09-03-2010 02:59 am UTC
This year: 47 at 09-03-2010 02:59 am UTC
All time: 47 at 09-03-2010 02:59 am UTC