Trip pertama 2010. Juga trip pertama untuk latihan mendaki Gunung Kinabalu. Lima belas orang dan beberapa orang mental telah join dan trip ini menjadi sangat best. Walaupun berlaku sedikit kecederaan pada pertengahan pendakian tetapi semuanya selamat. Alhamdulillah.
Kesimpulan,
Sila bawa ubat-ubatan ketika mendaki. Selalu kita leka dengan serangan penyengat dan tebuat atau binatang yang suka mengeget. Bawa lah ubat gatal untuk kegatalan. Ubat miang untuk lelaki miang di tengah jalan. Haha! Ubat allergic untuk mereka yang tak tahan bisa sengatan. Jangan bawak penedol je. Ubat lain pon penting wo!
Sedikit info mengenai Gunung Angsi:
Lokasi: Ulu Bendul, Negeri Sembilan.
Ketinggian: 825 meter (2,702 kaki)
Masa perjalanan: 3 ke 4 jam melalui trek Ulu Bendul(sepanjang Sungai Batang Terachi) dan 2 ke 3 jam kalau melalui trek Bukit Putus.
Cara untuk kesana: Lebuhraya utara selatan, exit Senawang, terus saja sampai jumpa Hutan Lipur Ulu Bendul di sebelah kanan anda.

Dalam gambar: Semua yang ikot serta kecuali Lair, dia pi snap gambar. Tengs.

2. Sapa suka membaca suka la bende ni. Bla.. bla..

3. Pendakian yang mendebarkan pon bermula. Wohaha!

4. Pemulaan trek. Mesti ade paip air besar.

5. Jumpa je cendawan amik gambar. Mesti cendawan tu bangga.

6. Apa tah ni. Tapi aku suka warna hijau dia.

7. Cendawan lagi. Kali ini jenis betingkat-tingkat.

8. Saja aku nak main engan flare.

9. Ini cendawan merah yang ala-ala kaler pink. Mesti ni cendawan soton. Haha.

10. Apa tah ni. Kaler perl-perl.

11. Yang ni kaler hijau pulak...

12. Setelah berhenti lama di tengah jalan akibat kecederaan, kami semua selamat sampai ke puncak 825 meter. Hanya tinggalkan tapak kaki dan ingatan yo! Jangan tinggal sampah.

13. Msalahnye ade yang tinggal kasut atas pokok. Haha.

14. Di atas itu juga ada pokok ajaib.

15. Ini batu tanda. Tanda apa tah. Aku rasa arah kiblat ni. Shokorlah.

16. Masa turun jumpe pokok orkid. Santet kata ciki-ciki.

17. Shoot dari atas. Aku rasa aku kene beli lens makro lah mcm ni. Hehe.
Related posts:
Tags: AF Nikkor 50mm f/1.8, Gunung Angsi
Comments (11)
Sifoooo, gua sangat jeleslah sama sifoo,huhu..dahlah ada ciki2 naik sekali,keh keh keh..deyyy, bawaklah satu kit lens ka..wide lens ka..naklah gak tengok pemandangan luas,hahahaha…tak sampai sekilopun sifoo..tapi nie shoot as always..
Sifuuuuuuuuuuuu~~ kitlens dah jual. wide lens org lain belom jual sama gua. apacerita? HAHAHAHAHAH pakai je la 50mm. baru mencabar. haha.
lawa sesuatu berwarna pepel tuh…
orked lah!
betul ke orkid?
orked lah!!
salam bro..
cantik gamba tu..
btw yg berbaju merah pakai sarung tgn tu mcm kenal jer.. tapi aku tak ingat namalah plak.. dier pernah blaja kat perlis tak ?? kalau bukan tu … salah orglah agaknya..
peszals, thanks.
tatau la pulak sejarah pembelajaran beliau. sebab gua pon baru kenal dia haritu. hehe
kalau tak keberatan.. apa nama dier ek ??
nama dia azam. kenai ka?
konfom ke orked???