Carian kesini

Berikut adalah keyword yang menyebabkan ada saja yang tak sengaja sampai ke sini:

  1. tips mengambil gambar perkahwinan
  2. setting mode untuk wedding
  3. tip untuk dslr nikon d5000
  4. lens apa cantik untuk 450d
  5. keburukan d3000
  6. lens yang sering di pakai di nikon d60
  7. gambar perkahwinan d3000
  8. apa itu sigma dalam dslr?
  9. memilih kamera dslr
  10. keburukan beli kemera dslr
  11. tips edit photo guna lightroom
  12. lens untuk wedding
  13. mana pilihan anda canon atau nikon
  14. filter lens mana yang bagus
  15. apa kata pengguna nikon d3000
  16. nak beli canon 450d

Oleh yang demikian gua berasa macam nak jawab soalan-soalan ni. Sila rujuk nombor.

  1. Itu boleh baca disini.
  2. Mode untuk wedding ke settings untuk wedding? Selalunya bende-bende macam ni based on experience dan semua bendalah tidak tetap dan berubah-ubah mengikot lokasi, cahaya dan sebagainya. Ikot pengalaman aku yang tak seberapa, mode paling sesuai adalah aperture priority dan settings biasenye aku pakai matrix dan spot metering. Lain-lain, sila jaga ISO jangan tinggi sangat, jangan rendah sangat. itu saja. Yang lain, kreativiti.
  3. Tips untuk D5000? Mana-mana kamera sama je dik oi. Yang tak sama adalah feature kamera tu sendiri. Itu bole baca manual lah. Konsep nak amik gambar sama je. Composition dan lighting.
  4. Haha, nak tergelak aku. Lens cantik bila pasang dekat body 450D ke lens yang bila amik gambar pakai 450D, gambar tu cantik? Kalau nak lens tu cantik, semua lens boleh. Tampal sticker Hello Kitty. Cantik la jadinya. Haha. Kalau nak gambar cantik lak, semua lens pon boleh. Kembali kepada asas, gadget adalah pemudah cara. Bukan penyebab gambar tu cantik atau tidak. Kalau lens harga 8 ribu tapi tak pandai guna serupa jugak.
  5. Keburukan D3000. Bagi aku kamera Nikon generasi terkini ni ada kelemahan yang nyata iaitu tiada AF Motor yang menyebabkan autofocus gagal pada lens yang tiada build in AF motor.
  6. Jawapan pendek: Kit lens D60 lah. Haha. Jawapan panjang dia sama macam (4)
  7. Bilamasa D3000 kawen ni? Tak jempu aku pon. Haha. Itu search dalam flickr by camera model la dik oi.
  8. Apakah? Haha. Sigma tu brand la. Dia ada buat lens, ada buat kamera.
  9. Boleh baca sini.
  10. Keburukkan membeli DSLR adalah poket kau akan rabak gilababi tak hengat. Haha.
  11. Nanti aku buat tutorial ringkas (kalau aku rajin)
  12. Lens untuk wedding terpulang pada budget. Biasanya orang akan pakai satu medium zoom (17-55mm contohnya), satu tele 70-200 f2.8, satu ultra wide dan salah satu prime 50mm/85mm/35mm. Apa-apa pon, kitlens pon boleh.
  13. Hang pilih la mana poket hang suka. Boleh baca sini.
  14. Mestila filter yang paling mahal. Good stuff doesnt come cheap maaa.. Kalau  setakat UV filter, common orang pakai Kenko atau Hoya. Ikot budget la.
  15. Ni yang Scott Kelby kata.
  16. Ha, pegi la beli. Bising lak. Haha.
VN:F [1.9.3_1094]
Rating: 10.0/10 (1 vote cast)
Carian kesini, 10.0 out of 10 based on 1 rating

Related posts:

  1. Carian kesini (Episod 2)

Support adiman.net by clicking the ads. Thank you!

Comments (6)

  1. M-I-N wrote::

    hahahahaha.kreatip.

    Wednesday, January 6, 2010 at 1:26 pm #
  2. siputturbos wrote::

    wa sifu,

    bagus tips metering tu.

    btw untuk review nikon d3000 lagi,ble bace sini
    http://www.kenrockwell.com/nikon/d3000.htm

    tapi segala2nya bergantung pada bajet,kesedapan beraksi bersama gajet serta pengaruh rakan sebaya.

    Thursday, January 7, 2010 at 2:41 am #
  3. adiman wrote::

    siput: haa, pandai dah kau ye? dasar mudah terpengaruh! hahahaha woi ade aktiviti ajak la aku. siol je tak ajak

    min: eh kau pakai nikon kan? spisis ape?

    Thursday, January 7, 2010 at 11:20 am #
  4. M-I-N wrote::

    pinjam orang punye.d70S,gile berat.terasa gagah lengan.

    Thursday, January 7, 2010 at 7:16 pm #
  5. ayumi wrote::

    saya suka jawapan kepada nombor 16! nak beli pon nak gugel. haha. comel.

    Saturday, January 9, 2010 at 11:43 pm #
  6. dekstro wrote::

    tak sangka d3000 dah kawen upanya..hehehe..

    Wednesday, January 13, 2010 at 12:40 pm #
  • Post a Comment

    Your email is never published nor shared. Required fields are marked *

    *
    *
4 visitors online now
4 guests, 0 members
Max visitors today: 4 at 01:13 am UTC
This month: 27 at 07-27-2010 04:54 am UTC
This year: 28 at 05-29-2010 02:15 am UTC
All time: 28 at 05-29-2010 02:15 am UTC