Gua rasa gua sudah ketagih pegi hiking sejak gua cuba naik Gunung Nuang. Kali ni gua naik Gunung Datuk. Sedikit info mengenai Gunung Datuk:
Lokasi: Rembau, Negeri Sembilan.
Ketinggian: 711 meter (2,332 kaki)
Untuk sampai kesana, mudah saja. Dari highway Plus, ambik exit Alor Gajah, roundabout pukul tiga. Terus sampai jumpa simpang tiga. Ambil kiri dan terus sampai jumpa Signboard Hutan Lipur Gunung Datuk. Masuk dalam tu dan bersedialah untuk menikmati keseronokan mendaki!
Aku hiking kali ni bersama kawan sekolah gua, Lair dan lagi dua orang kawan beliau; Bob dan Kak Ana. Tangkapan kali ini menggunkan sepenuhnya 50mm f/1.8 sebab gua malas nak bawak lens lain.
Cakap banyak pulak. Layan gambar. Zasss..

Azlan/Lair memulakan perjalanan di depan. Gua segan-segan lagi time ni sebab gua kan pemalu lipas. Ahaks.

2. Akar kayu pon mahu ambil gambar ka?

3. Lepastu aku jumpa cendawan warna tak berapa nak perlperl tak berapa nak cokelat. Kompius aku.

4. Lepastu aku jumpe bendalah ni. Kassim kot nama dia. Nampak seperti mesra pengguna.

5. Cendawan lagi. Boleh buat sop.

6. Laluan sejam pertama adalah sengsara. Langkah kene besor. Hehe.

7. Jumpe pokok berduri. Amik gamba.

8. Jumpe pokok sebelum sampai puncak. Ambik gambar. Takde keje aku ni.

9. Seres aku cuak gila dan gayat naik tangga besi bodoh ni. Yang bawah sekali tu kalau dia nak terbalik, nasibla sebab dia tak ikat tali pon. Haha. Gayat weh!!!

10. Sebenornye ade beberapa level tangga yang kene panjat sebelum sampai puncak. Boleh terkencing-kencing ketakutan kalau jenis tak tahan gayat. Kalau spisis tangan berpeluh lagi la bonus. Haha.

11. Tapi bila dah sampai atas, berbaloi-baloi. Angin kuat fussh fushh best gila. Pemandangan indah. Ade pulak tapak kaki Hang Tuah kata orang. Aku tanya la, apehal tapak kaki takde bentuk kaki pon?. Kawan aku cakap, "Dia pakai capal daa.." Siol je jawapan. Mati akal aku takleh nak lawan balik. Lepastu aku cerita dekat kawan aku yang lain. Depa tanya, "Apsal sebelah je?" Haha. Sial la budak-budak ni banyak lak soalan kreatif. Aku pon jawab, "Hang Tuah landing sebelah kaki je mcm cerita kungfu cina tu.. yang gitu tu.." Aku pon buat la demo. Haha.

12. Zaman ni kalau naik Datuk pakai capal mau kau jatuh tergolek-golek kat bawah tu. Pakailah kasut New Balance. Wohaha! Berbaloi sial aku beli kasut ni. Cuma kalau time basah atau hujan mungkin akan membuatkan aku menyumpah-nyumpah sebab dia akan menjadi berat.

13. Tepi-tepi tu ade la pokok selai dua. Aku pon amik gambar selai dua.

14. Lair possing atas batu yang aku tak berani nak naik sebab kalau tergolek memang terus jatuh shortcut kebawah. Haha

15. On the way turun, aku amik gambar ni sebab tertarik dengan lumut hijau pada batang pokok tumbang ni. Sebelah kiri tu budak politeknik yang turun bersama gua punya geng.

16. Gua, Bob dan Kak Ana rilek-rilek setelah selamat turun ke bumi yang nyata.

17. Jom Bongek. Haha.
Related posts:
Tags: AF Nikkor 50mm f/1.8, Gunung Datuk
Comments (12)
terhibur baca caption! :)
tahniah berjaya trip datuk ni!
Masa aku gi time form 5, ada perkampungan org asli kat bwh gunung. Air sungai boleh minum terus. woo.. bes kan gunung datuk. Rindu lak nak g hiking. great pictures angkel!
ecah: ya terimakasih!
chempaka: skrg bawah tu takde dah kampung orang asli. dah ade jusco. maju dah wooo.. tak lah tipu je. hehehe.
uhhhuuuuuuu… best gilerrr baca ini entri. Manyak windu ngan itu gunung.
Ko tak g jenguk tempat pertapaan kat tgh gunung ke bai??? kot kat situ rasenye… lagi banyak pic menarik yang ko leh dapat. dr atas batu tu pun leh ko amic pic bawah (kampung ngan rail ketapi)…
Kat ataih batu tu lak…. kot ko bertuah …. ko akan berjumpa ngan kodok yg besarnya lebih kurang sebesar ayam telur betina (ayam telur yee… bukan telur ayam)….
tapi pic lu… memang cunnn… kot dapat tarik 1 pic kat tgh tangga tu lagi mabelessss
tahniah
hahaha tempat pertapaan.
banyak la pulak makhluk misterius kau jumpe ni. hahahha cuak lak aku.
terima kasih sebab suke gamba akuk :”>
lair dah jadi macam tugu askar dah,
patut ko jadi askar terkorban dipijak lair kat bawah tu, baru dramatik sket.
haha
aku tgh bayangkan kepala adiman dibawah tapak kaki aku kt atas batu tu…wakakkaaka
hoi! celakak!!!
gambo yang manthop.bawak balik tak chendawan itu untuk dibuat sup?
min: tengs. nanti aku gi sana lagi aku wat balik utk kau. kau makan la sepuasnya. haha
sifooo lenkali naik ajak ye..:) aku nak kuruskan perutlah,huhu
bukan ape. takot sifuuuu~ tak sudi.. sapala aku ni.. hahaha
Trackback/Pingback (1)
[...] Datuk Valentino Posted in always random by mims on February 16, 2010 Aku menyalahkan entry ini. Cantik betul gambar2 dia, pokok-pokok dan flora yang indah. Bila orang cakap hiking, dalam kepala [...]