Nak paham apa itu JPEG dan RAW senang saja. Kita pakai Analogi berikut:
- JPEG adalah gambar polaroid yang terus keluar dari kamera.
- RAW adalah negatif filem yang belum jadi gambar.
Lebih lanjut,
JPEG
Adalah format yang sudah ‘dimasak’ atau orang putih kata baked. Saiznya juga kecil sebab sudah menjadi satu compressed format. Sesuai untuk 90% keadaan yang mana korang tidak ada rasa sugul atau kecil hati dengan apa yang keluar dari kamera korang. Haha.
RAW
Format mentah yang perlu diproses dalam digital darkroom sebab RAW kan macam negatif filem. Maka, kene la proses baru jadi gambar JPEG. Format ini sesuai bagi mereka yang tahu apa yang nak diproses. Kalau setakat amik RAW lepastu masuk dalam Nikon NX dan terus batch develop maka serupa je la dengan amik gambar JPEG ye, Yeop.
Bila tengok kat komputer,
JPEG – lawa macam dekat skrin kamera
RAW – huduh macam haram benci tak suka tak macam skrin kamera. APA PASAT?
Apa yang kita nampak pada skrin LCD kamera adalah sebenarnya baked version file RAW tadi, kira macam versi cincai apa yang korang tangkap la lebih kurang. Dalam komputer pula korang nampak rupa sebenar bahan mentah format RAW tersebut. Sebab itu la huduh dan disinilah bermula proses tacap secara manual.
Kesimpulan,
- Ambil gambar dalam format JPEG kalau memory card tu kechil ye.
- Kalau tak pandai nak proses RAW, pakai JPEG je.
- Pakai RAW kalau tahu apa nak dibuat semasa post processing kelak. (Nanti manual tweak white balance, d-lighting effect, noise reduction dan sebagainya)
- Gunanya JPEG – setiap masa
- Gunanya RAW – mungkin setiap masa dan mungkin untuk gambar yang kritikal sahaja.
Soalan,
“Eleh kalau amik gambar pakai JPEG pon boleh edit white balance ape?”
Jawapan,
“Memang le bole, Yeop. Tapi gambar tu bole edit ringan-ringan je la. Sebab JPEG kan saiz dia dah kecil dan compressed. Maka kalau edit heavy-heavy, rosaklah gambar ittew..”
Mudah je kan?
Related posts:

Comment (1)
terima kasih chekgu!
Trackback/Pingback (1)
[...] sebab kita dah terer dan paham apakah itu JPEG dan RAW, harini gua nak memperkenalkan kawan lama gua. Nama beliau histogram. Gua dah kenal lama dengan [...]