Oleh sebab kita dah terer dan paham apakah itu JPEG dan RAW, harini gua nak memperkenalkan kawan lama gua. Nama beliau histogram. Gua dah kenal lama dengan mamat ni tapi oleh sebab dia pendiam dan tak happening, maka semua orang tak berapa nak mengenali beliau. Oleh yang demikian, mari kita berbaik-baik semula dengan encik histogram.
Buat sesiapa yang tak tahu mana nak cari Encik histogram, beliau berada bersama dalam kombinasi mod-mod preview gambar dalam skrin LCD anda. Yang mana? Ala, yang ade gambar mcm pemandangan bukit bukau yang tak lawa tu.
Jadi, kali ini gua nak kongsi sedikit pengetahuan gua yang memang tidaklah sedalam mana pon kalau nak ukur dengan pembaris. Tetapi mungkin ada yang tidak tahu atau sudah terlupa sebab kita sering menghindarkan diri kita dari melihat histogram setiap gambar yang kita ambil.
Tak jadi malasah kalau tanak tengok.
Cumanya, kalau awek cun yang tak pandai kamera tanya lu:
“Eh, abam… Apebende iteww macam bukit bukau adjeerrr?”
Maka dengan gaya paling professional lu bole la jawab:
“Itula gambar serakan tona warna yang abam ambil tadi. No telepon adek manis apa? Ahaks.”
Haha.
Ok.
Mari gua terangkan secara simple dan mudah.
- Histogram adalah bacaan digital setiap foto dimana kamera korang akan mengira serakan tona warna dengan mencampurkan semua tona warna menjadi satu mid tone dan akan membina graf berdasarkan maklumat tersebut.
- Mid tone adalah warna yang berada ditengah-tengah diantara highlight dan shadow. Senang faham, warna kelabu lah.
- Membaca histogram boleh menambahkan kefahaman kita terhadap sesuatu gambar samada cukup cahaya atau tidak pada gambar tersebut.
- Histogram yang bukit berat ke sebelah kanan membawa maksud gambar tersebut adalah overexposed atau mungkin terlalu banyak kawasan terang.
- Histogram yang bukit berada di tengah-tengah bermaksud tona adalah sekata. Tidak terlalu gelap, tidak terlalu cerah.
- Histogram dengan bukit di sebelah kiri bermaksud gambar adalah underexposed atau banyak kawasan gelap.

Gambarajah curi dari internet. Hampunkan aku penunggu gua.
Ada paham itu gambarajah? Senang saja ni. Akan tetapi pada situasi tertentu, histogram tidak boleh dipercayai. Contohnya bila kita mengambil gambar objek yang terang – pengantin berpakaian serba putih dalam white room pula. Walaupun gambar tersebut tidak overexposed, tapi histogram akan berat ke sebalah kanan kerana objek adalah putih melepak. Perkara yang sebaliknya juga berlaku pada objek gelap – pengantin mendung macam gerhana bulan berpakaian gelap dalam gua yang gelap. Haha.
Maksud aku, tak semestinya average histogram adalah exposure yang terbaik bagi setiap foto.
Sekian.
No related posts.
Tags: Membaca histogram