Request dari kawan-kawan dan selamat tahun baru!
Antara perkara yang agak penting dalam fotografi digital adalah metering. Gua sendiri bukannye pandai sangat. Oleh kerana tak pandai, gua pon buat lah satu eksperimen simple. Boleh cuba dirumah sendiri atau di rumah makwe. Pilih mana yang lebih afdal.
Ada tiga jenis metering. Mereka adalah:
- Matrix atau multi-segment metering atau evaluate metering.
- Spot-metering.
- Center-weight metering.
Sedikit penerangan secara ringkas.
Matrix metering adalah mod yang paling banyak digunakan. Malah, default setting bagi kebanyakkan kamera digital adalah matrix metering. Mod ini akan mengarahkan kamera supaya mengambil bacaan midtones pada segmen-segmen berlainan pada frame dan seterusnya memilih exposure yang sesuai untuk foto tersebut.
Ah payah betol nak paham. Macam gini la. Kamera kau akan tengok berapa banyak kawasan gelap, berapa banyak kawasan cerah dan kamera kau akan buat keputusan nak kasi berapa banyak gelap kawasan cerah tu dan berapa banyak cerah kawasan gelap tu supaya gambar yang keluar adalah suam-suam tak cerah sangat tak gelap sangat. Ok, kautim.
55% of the time aku pakai mod ni bila nak amik reading dari keseluruhan frame. Contohnya bila ambil gambar pemandangan.
Seterusnya spot metering. Mod ini akan mengambil bacaan midtone pada kawasan kecil tertentu sahaja regardless kawasan lain cerah atau gelap. Bacaan akan dibuat dimana focus point pada frame tersebut.
Mod ni dia canggih sket sebab dia tak fully auto macam matrix. Dia akan ikut dimana tempat yang tuan kamera dia suruh dia meter. Bermakna, kalau kau meter kawasan gelap, maka exposure gambar tersebut adalah berdasarkan kawasan gelap itu sahaja. Berkemungkinan besar, ada kawasan cerah yang lain akan menjadi overexposed dan vice versa.
44% of the time aku pakai mode ni bila nak exposure yang tepat pada kawan tertentu sahaja. Contohnya bila aku amik gambar wedding yang mana aku nak fokus pada cincin pengantin sahaja atau nak fokus pada mata sahaja. Kene biasakan diri dulu sebelum belasah pakai mod ni. Kalau tak abis hancur.
Akhir sekali, center-weight metering. Satu mod yang sangat jarang digunakan. Kamera akan mengambil bacaan dari keseluruhan frame tetapi menumpukan perhatian yang lebih pada bahagian tengah frame. Sesua bila subjek berada ditengah frame.
Jadinya, tak kira lah kalau AF point tu duduk di hujung belah kanan atau tengah, reading tetap akan diambil pada tengah frame.
1% of the time aku pakai ni. Itu pon masa nak eksperimen. Haha.
Ok sekarang kita tengok contoh gambar dan latihan praktikal. Haha.

Matrix metering. AF-Point placed on the far right of the frame. Metering pada keseluruhan frame dan hasilnya kamera memberi satu exposure yang agak sekata pada keseluruhan kawasan. Kalau nak kira masih underexposed tapi sebab 65% kawasan tu cerah(langsir) maka kamera ni tertifu la sket dan beliau telah mengunderexposedkan sedikit foto ini. Ubatnya kene tambah la EV sesedap rasa. (Aperture priority. 1/30sec f/3.2 ISO400)

2. Center-weighed metering. AF point placed on far right of the frame. Walaupun AF point dah diletak pada belah kanan yang underexposed, tapi hasil dia lebih kurang matrix metering. Sebabnya, center-weighed akan mengambil bacaan keseluruhan frame yang mana 65% daripadanya adalah terang dan juga menumpukan 2% atau 3% pada bahagian tengah frame yang cerah. Jadinya, kamera gua menurunkan exposure yang akhirnya menyebabkan foto ini sangat underexposed berbanding martix metering. (Aperture priority. 1/125sec f/3.2 ISO400)

3. Spot metering. AF-Point placed on the far right of the frame. Exposure pada gua punya gitar adalah OK tetapi kalau kita tengok apa yang berlaku pada langsir dah menjadi overexposed sebab gua hanya meter pada bahagian kanan frame iaitu pada gitar yang dalam keadaan underexposed. (Aperture priority. 1/3sec f/3.2 ISO400)
Lebih mahal kamera DSLR anda, lebih tepat la metering beliau. Sila beli kamera mahal. Wohaha!
Semua gambar diatas diambil menggunakan Nikon D50 (5 AF points), mounted on tripod cap hayam, shutter released via wireless remote untuk mengelakkan sebarang gegaran.
Harapnya perkongsian ilmu ini memberi kefahaman kepada sapa yang tak paham.
Related posts:
Tags: Metering
Comments (8)
Thanks bro! Baru la aku tau, pa dia tu meteering.
sama-sama. aku pon baru tahu. wohaha!
wow! saya ingat die (model tu). hehe. masih kacak seperti dulu ^.^
hahaha. beliau dijaga dengan kaseh sayang~
gosh. i miss that guitar. (nak nanges!)
hehe ken miss you too!
btw, he is my part time model. so good ah he.
of course so good. i tot him well maaa…
woh! he said tat to me, now i believe. wohaha