“Aku nak beli DSLR tapi aku tak sure nak beli Nikon atau Canon”
“D3000 ok ke tak? atau 450D lagi ok?”
Itu antara soalan biasa aku dapat. Malas nak jawab sebenarnye sebab dah banyak lagi orang tanya soalan sama. Haha. Jadinya aku buat sedikit kesimpulan tentang apa yang korang perlu jelas sebelum membeli sesebuat DSLR yang berharga ribu-ribu itu.
Pertama, tentukan priority. Biasanya pengguna DSLR ni ada 3 jenis. Antaranya adalah:
- Hobbyist.
- Komersil.
- Suka-suka.
Cuba garu kepala tanya diri sendiri kenapa nak beli DSLR. Adakah sebab minat dengan kualiti gambar yang cemerlang? Adakah nak buat duit/bisnes semata-mata? Atau sebab ia mampu milik dan memang takde niat nak buat bisnes atau nak dijadikan hobi.
Untuk golongan (1)
Duit takkan cukup dan ‘geargraphy’ biasanya akan mendahului photography. Haha. Bila namanya hobi, bahaya lah. Contohnya mengumpul setem. Ini tak bahaya sebab setem biasanya berharga biasa-biasa saja kecuali yang sangat rare. Tapi kalau mengumpul lens??? Haha, kes nyaya.
Ok kembali pada topik. Jika anda seorang hobbyist, buat permulaan membeli sesebuah mid range DSLR mungkin menjadi priority. Sebab, korang pentingkan extensibility. Takde malasah bila nak tukar-tukar lens, lebih feature(hobbyist suka ni) dan sebagainya. Entry level sangat asas dan pasti tidak akan memberi kepuasan. Jiwa akan sentiasa bergelora mahu lebih. Tak tenteram beb! Jika betul-betul minat, tidak akan ada alasan ‘tak cukup duit’.
Untuk golongan (2)
Kalau nak berniaga dengan DSLR, nak jadi jurufoto perkahwinan contohnya anda perlu bermula dengan costing dan planning. Kalau modal besar, tak salah membeli mid range. Kalau takde modal, entry level pon boleh. Timbul persoalan. “Kalau beli entry level, gambar kualiti ok ke?”. Kamera hanya pemudah cara atau orang putih kata enabler. Soal kualiti tak menjadi masalah jika kau tahu apa yang kau mahu dan bagaimana untuk mendapatkannya. Kesimpulan, Nikon D40x atau Canon 450D pon boleh. Isu extensibily tak menjadi masalah kalau perniagaan tu maju, nanti mesti upgrade punya. Jangan gelojoh. Mula dari bawah.
Sedikit pandangan dan pengalaman aku dalam industri jurufoto perkahwinan boleh dibaca di sini.
Untuk golongan (3)
Golongan suka-suka ni pelik sikit sebab dia suka-suka nak beli tapi bab memlilih, kalah pro. Kira concern jugak nak yang terbaik. Hehe. Ok. Kalau suka-suka, tak perlu membazir duit beli yang model yang high end. Sebab takut nanti simpan dalam almari je sebab malas nak bawak kesana-sini. Maklumlah bende besar dan berat, kene ada flash external bagai.
Untuk golongan hybrid (campuran golongan-golongan diatas.) Apsal pelik kau ni sangat? Pepandailah. Haha.
Kemudian, timbul persoalan kedua.
Canon atau Nikon?
Terlebih dahulu aku nak terangkan, ada banyak brand lagi diluar sana. Ada Olympus, Fuji, Sigma, Pentax, Sony dan lain-lain. Setiap jenis ade pro dan cons tersendiri. Tapi biasanya kita akan terikut dengan nama besar Nikon dan Canon lah.
Sedikit mengenai Nikon.
D40, D40x, D60, D3000, D5000
Semua model diatas tidak sesuai untuk lens yang bukan dari jenis AF-S. Contohnya lens 50mm f/1.8 yang sangat digemari ramai boleh dimount tetapi tiada kebolehan auto focus. Hanya boleh manual focus. Tak syiok lah begitu. Komfem akan fedap sebab banyak terlepas moment.
Tiada isu lens tidak autofocus pada model Canon.
Kesimpulan, jika menggunakan DSLR Nikon yang tersebut diatas, pilihan lens untuk digunakan sudah berkurangan. Markah extensibility dah kurang. Cek balik korang golongan yang mana? Kalau suka-suka, ini tak menjadi isu kerana mungkin kau tak kesah pon dengan lens-lens yang lain.
Dark side atau white side?
Nikon atau Canon? Tang ni aku tak boleh nak komen banyak. Setiap brand ade kebaikan dan keburukan tersendiri. Sebab aku tanak buat review based on model/brand. Details bole baca dalam www.dpreview.com atau tanya-tanyalah kawan-kawan yang pernah pakai Nikon untuk tahu kebaikan Nikon dan mungkin keburukannya sekali. Begitu juga dengan Canon dan jenama lain. Selain itu, antara benda yang sering kita lupa untuk dipertimbangkan adalah servis selepas jualan, variasi aksesori dan juga nilai jual balik.
Setelah menilai semua faktor diatas, diharap korang dapat mengklasifikasi kasta korang. Selepas itu barulah memilih DSLR secara serius:
- Budget.
- Dah tahu bajet tapi tak sure brand/model apa. Sila pegang, dengar dan rasa. Kalau ngam, u’ll know it. This is the camera for you! Hehe. (Ada kes yang bila pegang D40x rasa tak sedap sebab tangan besar, terpaksalah amik D90 wohaha!)
Related posts:
Tags: Tips membeli DSLR
Comments (17)
Kalau saya soal, ada tak DSLR tapi yang ringan ala-ala compact camera – saya kiranya golongan apa?
wohahaha. DSLR ringan ala-ala compact? ade ke?
sebenarnye DSLR ni lagi berat lagi bagus. tapi takde la sampai berat sangat. baru stabil nak pegang and fokus.
golongan ape tu bukan kene sendiri jawab ke? hehe. ini golongan suka tanya soalan yang aku tak reti nak jawab ni. haha
thanks,info yang berguna dan menarik..kalu ada org tanya sy and dat time pun mcm bz jer, bleh bg diaorg link ni , atleast takyahlah nak kener terang pnjag2..sbb saya sindri pun noobs lagi takut jgak tersalah info nanti, boleh ka?
dekstro, bole beb takde hal. ilmu yang berguna kita share sama-sama
tengs abam!
setelah buat review pro nak bagai, gua akhirnya amik sony entry level. itu pun lepas gi pegang d3000,d60,1000d,450d n macam d lagi.akhirnya berkenan ngn orange legion gak.takat ni feeling ok lagi.(x lama upgrade ar nie.haha)
sikit tips dr kawan, die ckp kalu taknak pening pasal AF S ke ape, utk nikon baik angkat d90 je terus.
lagi satu weh.
member aku ade cakap lepas tu baru aku realize ape die cakap. kebanyakan user camera PnS (point n shoot) yg nk upgrade ke dslr slalu ingt gambar akan cantik bile beli camera yg lagi mahal, tapi sebenarnye yg buat gambo tu cantik adalah LENS.kalo PnS camera mmg ar, kebanyakannye lagi mahal lagi bermantop2 gambar tu.
tapi abam pakai d50, gambo lawa nak bagai, bile nk upgrade ke d90 abam?tolak d50 tu sini.haha
1. Betul, tanak pening pasal AF, kalau nak jugak pakai Nikon sila angkat model D90 dan yang lebih hebat daripadanya. Boleh juga model-model entry level yang lama mcm D50 dan D70s. Tapi takyah lah amik barang lama. Pakailah teknologi terkini. wohaha. Biar aku sorang je pakai barang lama.
2. Beul juga. Banyak markah kau dapat ni. Haha. Antara wrong perception orang ramai tentang DSLR. Kalau tak pandai guna. Gambar boleh jadi lagi hanjeng dari PNS. Haha. Lens dan body kamera adalah pemudah cara. Sama juga kalau ada lens mahal tapi kalau tak pandai guna gambar biasa saja yang akan keluar.
Bak kata orang puteh:
Its not the camera, its the person behind it.
slm abam.. jwpn yg biasa aku bg kalau dpt soalan2 mcm tu? aku jwp, “beli lah kamera dslr yg kwn ko tgh pakai skrg”.. kalau takde, ko beli la ikut suka & ikut duit.. tq abam – dr peminat blog mu..
haha. bole je jawab mcm tu tapi kesian la kat beliau. mesti terpinga-pinga.
tapi betul juga. salah satu lagi jawapan aku suatu masa dulu,
“beli apa yang sifuu kau pakai”
kalau dia pakai Canon tapi kau pakai Nikon, susah la dia nak paham soalan kau bila tanya function itu ini. lagipun, nak tukar-tukar lens/flash tak boleh.
tapi lepastu dia akan jawab:
“kau la sifuu aku!”
ha ha abis la kau. kene gak layan soalan dia nak beli d40 ke d60 ke dan macam-macam lagi.
ahaha, entri yang bias!
nampak sgt sifu adiman telah menjadi tempat pakar rujuk. khidmat anda amatlah dihargai. tengs..
thanx bam.memang terbaeklah.fika amacam?wahahahaha.
good post !!!
terima kasey!!!
sedikit tambahan untuk yang nak venture genre kawen-kawen
http://photo.net/wedding-photography-forum/00V98v
emm camera of course sangat penting tapi……. pd pendapat sy tengok budget dan kemampuan…. klu bab nak buat duit dengan photographer pada pendapat sy pakai d40 pun boleh… yang penting ilmu fotografi tue cukup didada……….hahah tapi klu dah berduit tue tak reti-reti nak upgraed d90 ker d3s ke d300s ke hahaha
kalau dah berduit, kene upgrade ke?
kalau sebab ade bisnes dan ada ROI ok je. kalau setakat suka2. i’m comfortable with what i have. lagipun. takde duit sebenarnye hahaha
Trackback/Pingback (1)
[...] Boleh baca sini. [...]