Pada suatu hari Nik Shahrin telah mengajak gua mengambil gambar MU training session. Memandangkan gua dah lama tak amik gambar, gua ikot saja. Free pulak tu. Man U pon Man U lah. Janji gua lepas gian menembak. Terima kasih, boss kerana mengajak gua. Hehe, Nik kata gua suka Man U sebenarnye. Uhuk! Haha.
Parking jauh nak mampus. Ada la sebatu jalan nak ke stadium. Gila. Takpa, demi bermain dengan lens Nikkor 80-200 f/2.8 two touch pinjam dari Usop, gua rela. Gua juga dibekalkan sekali tele converter 1.4x brand Kenko (Juga Usop punya). Jadinya, lens tu boleh menjelma jadi 280mm. Jahat gila lens ni.
Ok sedikit ilmu untuk sapa yang tak tahu. Tele converter adalah sejenis alat yang dipasang diantara body dengan lens. Ia akan lepak ditengah-tengah dan bertidak lebih kurang sebagai kanta pembesar lah kiranya untuk menambahkan efek jarak fokal yang lebih jauh berbaloi-baloi.

Gambar OOF. Mampos lah. Aku nak tunjuk teleconverter. Dari kiri, memperkenalkan Nikkor 80-200mm f/2.8, Kenko 1.4x TC, D90, Nik Shahrin.
Tadi kata 200mm, tapi macam mana abam boleh dapat 280mm? Begini ya adek-adek formula dia senang saja;
200mm x 1.4 = 280mm. Yay! boleh skodeng amoi tanpa dikesan. Akan tetapi, bukaan aperture juga akan mengecil sebab f2.8 tadi juga perlu dikali dengan 1.4 yang menghasilkan aperture minima f/4. Huk aloh, ingat tadi bokeh f/2.8. Hehe, jangan bimbang sebab kombinasi focal length 280mm dan f/4 masih lagi menghasilkan bokeh yang kacak.
Akan tetapi hasil yang sebenar gua dapat kurang kacak. Gua rasa TC (teleconverter) Kenko ni tak berapa nak sharp lah. Memecahkan gambar ada la. *Kecewa* Berikut adalah sample gambar diambil menggunakan TC pada jarak fokal maksimum 280mm dari kerusi stadium terus ke padang. Bapak jauh weh.

2. Berlari-lari anak tak berapa nak tajam. Ini pon dah abis kehel gua tambah sharpening dalam lighroom. Haha. Peminat bersorak macam ada orang score gol. Obses gila.

3. Masih lagi 280mm dan masa ni jugak wayang tengah main pilem transformers. Memperkenalkan Mudflap dan Skidz.

4. Tiba-tiba ada Beckham makan beger bersama Berbatov. Tanpa TC. Baru la aku rasa nyaman tahap keboleh-terimaan-tahap-ketajaman lens ni.
Kesimpulan, sila cuba TC buatan Nikon. Mungkin lebih berbaloi-baloi. Walaupun Kenko ni murah tapi kalau gambar hancur buat apa? Ada sesapa yang penah pakai TC ni atau yang lagi hebat? Sila share pengalaman. Btw, lens Nikkor 80-200mm f/2.8 AF-D ni memang terbaek. Dia punya tajam kalau kene baju bole koyak beb. Haha.
*bahan-bahannya adalah: D50, AF-S 80-200mm Nikkor 1:2.8G IF ED & Kenko 1.4x teleconverter.
Related posts:
Tags: AF-S Zoom-Nikkor 80-200mm f/2.8D IF-ED, Kenko 1.4x teleconverter, Manchester United, MU vs Malaysia, Stadium Bukit Jalil
Comments (6)
wow, gamba ambe masuk adimanet la hehe…tq bohhh…
ambe memey suke dgn ketajaman lens ini…kalau la ambe kenal usop haha…
bukan deme sorghe saje hok suke. bak kate oram, sapo pegey lens ni mesti suke lar. cumanya berat nak mampus je. hehe
ambo pong suko lens ni ..walaupun x reti sgt tembok2 nih … kesie kenko kawe .. nok keno juaa la lagu nih ..
lens demo meme super power! haha kenko demo tu maybe boleh survive kot kalau aperture kecik. tak test pulak f/8 ke, f/16 ke. haritu throughout f/4 hehe. ni review tak lengkap bohh…
Teleconverter ni rege dia berapa abang…?
mat: rega dia alam ratus-ratus haha. tak tahu la aku.