Gunung Kinabalu – Part III

Part III of V

Basically, part III masih dipenuhi dengan foto dari Pondok Lompoyou sehingga ke Laban Rata. Berikut adalah travel log.

Travel log day two (June 27th 2010)

5:30 AM – Waking up @Mesilau Nature Resort (2,000m)
7:00 AM – Breakfast @Renanthera Restaurant (14°C) – Cakap keluar asap ni woo!
8:11 AM – Check out.
8:40 AM – Briefing by guide leader; Aida @Mesilau Starting point.
9:00 AM – The climb starts!
12:55 PM – Lunch with provided lunchpack(1 fried chicken, 2 sandwiches, 2 boiled eggs, 1 500ml bottle drinking water & an apple) @Pondok Lompoyou
5:05 PM – Arrival @Laban Rata (3,273m)

Day 2: Adalah semakin sejuk apabila semakin tinggi mendaki, kali ni sudah berada didalam kabus/awan. Sampai trek kat depan pun tak berapa nak nampak. The feeling, BEST GILA! OK tipu. BEST GILA DAN PENAT GILA! haha.

2. Day 2: Pokok berdaun rambu-ramba. Namanya Rakan Janggut. Haha sukeati aku je bagi nama apa. Kalau lah aku tahu nama semua pokok ni kan best. Bole la buat blog pasal pokok pulak. Ngeh ngeh.

3. Day 2: Tatau lah ini cendawan ke, kulat ke, pokok ke, makanan ke, gula-gula ke. Tapi nampak meriah!

4. Day 2: Close up sikit! Eh ade daun kering menyibuk. Demit tak perasan.

5. Day 2: Yang ni kompem kulat sebab warna dia mandom je. Tapi ade bunga kaler oren cream. Bunge ke tu? Kalau masa belaja dulu cikgu gua cakap itu spora. Ye kot.

6. Day 2: Sini paling meriah. Pelbagai kaum dan keturunan ada. Tapi semua macam tak cukup makan je.

7. Day 2: Dari jauh nampak comel. Dari dekat nampak macam ulat gonggok. Tapi warna dia memang striking la.

8. Day 2: Pokok krismes kot. Tapi tak nampak pon Encik Santa. Kemudian Encik Santa muncul dan ketawa "Ho Ho Ho", apalagi gua mintak seketul PS3! Tapi sayang, tak larat nak pikul gua campak balik dalam hutan.

9. Day 2: Pondok Lompoyou, tempat lunch semua manusia yang travel melalui trek Mesilau. Ia berada di kilometer 4.5 lelebih sikit. Dah dekat dah ni dengan simpang Timpohon - Laban Rata.

10. Day 2: Gua kan suka amik gambar macam ni. Dah amik, mestila cakap suka. Tahpape.

11. Day 2: Kan aku dah cakap tadi. Suka! suka! wohaha. Dah gila.

12. Day 2: Tak jumpa hutan macam ni dekat bawah. Tambah pulak dengan kesejukkan dan kabus tebal. Best gila. Kalau jalan sorang pon memang layan. Oh, jiwang la pulak.

13. Day 2: Tengok, tebal nak mampus kabus. Time ni cakap memang keluar asap la. Cakap, asap, cakap, asap. Tapi kalau mulut busuk lagi terbaek!

14. Day 2: Lumut-lumut yang cantik.

15. Day 2: Bermain dengan cahaya samar-samar kesan daripada kabus tebal.

16. Day 2: Ada sedikit ray of light.

17. Day 2: Kilometer 5.5! Yahuuu dah nak sampai simpang. Tapi mcm batu nesan pon ade ini penunjuk kilometer. Wohaha.

18. Day 2: Pokok raspberry liar bertaburan. Kalau usha bebetul dalam gambar ni leh nampak. Warna merah dekat pokok yang paling dekat ni. Rasa dia masam. Tak sedap.

19. Day 2: Peringatan. Dalam hati ada taman. Dalam taman ada enakmen taman-taman. Jangan sesekali memain dengan taman. Nanti kene prostituted eh salah, prosecuted.

20. Day 2: Gua dari sana, yo!

21. Day 2: Kiri adalah jalan pulang, kanan adalah menuju puncak. Straight, langgar batu.

22. Day 2: Bermula lah azab sengsara bila memilih jalan ke arah puncak. Serius, mula dari sini, kepenatan akan berganda-ganda sebab pertama sudah penat trekking sejauh 5.5 kilometer. Kedua, trek seterusnya ni macam ala-ala laluan yang cantik tapi penuh dengan lankah-langkah berat rasa macam nak putus urat kaki. Kejam betol.

23. Day 2: Tapi still ada pemandangan cantik untuk sejukkan hati yang panas akibat kepenatan menyumpah, kepenantan.

24. Day 2: Semakin tinggi semakin sejuk, kemudian hujan. Lagi sejuk. Kemudian penat. Kemudian sejuk. *Crack!* Kepala gua retak sebab luluhawa. Haha.

25. Day 2: Sekali lagi pemandangan indah. Ahhh~~~ sejuk balik hati. Oh, oh angin sejuk masuk otak (tadi tengkorak crack) BRAIN FREEZE!!! Haha.

26. Day 2: Tiba-tiba pokok ni tercegat dekat tengah-tengah trek. Gangster ni pokok ni. Langsung tanak ketepi. Hehe.

27. Day 2: Amik kau. Panjat! panjat! Cuba bayangkan kat atas sana ada pesta buih penuh dengan gadis seksi kesejukkan dan melambai-lambai mesra dan tidak sabar untuk memberi belaian penuh kasih sayang. Pasti sikit pon tak teruja dan kau tetap menyumpah sebab trek ni azab gila. Haha.

28. Day 2: Pandangan dari atas, boleh bayang la tahap kecuraman dia. Naik! naik! naik!

29. Day 2: Kadangkala rasa sayang pada pokok tidak dapat disorok lagi. Haha bodo. Memikul dua beg didepan dan dibelakang adalah sangat heroic dan gagah dan heroic dan gagah dan heroic dan gagah. Sila kagum. HAHAHAHA.

30. Day 2: Selain itu ada aktiviti memberi makan junkfood kepada tupai jinak. Semoga encik tupai tidak sakit perut dan mati awal akibat makan makanan tak berkhasiat. Bersemangatlah tupai jinak!!!

31. Day 2: Helipad (3,263m) di Laban Rata. Juga boleh dijadikan court bola tampar. Bila bola jatuh kebawah, bole tampar muka sapa yang jatuhkan bola itu dan game tu kira bungkus la. Takde sapa rajin nak pegi kutip yang jatuh tu. Inilah asal usul permainan bola tampar.

32. Day 2: Didalam Laban Rata Resthouse (3,273). Akhirnya sampaaaaaaaaaaaaaaaaaai lalalala! Line telepon full bar la! Tapi bukannya ada sapa nak call pon. Sadis gila. Tidur dulu, nak sambung hiking pukol 2 pagi karang!

Bersambung Part IV

VN:F [1.9.3_1094]
Rating: 10.0/10 (1 vote cast)
Gunung Kinabalu - Part III, 10.0 out of 10 based on 1 rating

Related posts:

  1. Gunung Kinabalu – Part V
  2. Gunung Kinabalu – Part IV
  3. Gunung Kinabalu – Part II
  4. Gunung Kinabalu – Part I
  5. Gunung Angsi

Tags: , , , ,
Support adiman.net by clicking the ads. Thank you!

Comments (12)

  1. mobyskine wrote::

    auuuwww suka gambar-gambar pokok. tapi tak suka gambar orang dekat pokok, sebab dengki. wahahahaha.

    Wednesday, July 7, 2010 at 8:33 am #
  2. bibimie wrote::

    terbaekkk… thumbs up..

    Wednesday, July 7, 2010 at 9:11 am #
  3. siputturbo wrote::

    wuyoooo, marbeles!…perasaan die same cam bile jermeng beat argentina!

    tetibe rase indah hari ni…~~

    Wednesday, July 7, 2010 at 10:36 am #
  4. adiman wrote::

    mobyskine: hahahaha pendengki!

    bibimie: tengs!

    siputturbo: bohh, komen mu paling beh! hahaha aku suka

    Wednesday, July 7, 2010 at 10:38 am #
  5. nik wrote::

    awwww~~~…abam dime memey kiut lah, crack lah, brain freeze lah awwww~~~ hahaha…
    part seterusnya please!!!

    Wednesday, July 7, 2010 at 2:22 pm #
  6. hernie wrote::

    Gambar no 6 dah selamat jadi wallpaper pc opis.. Terima kasih sbb tak letak watermark, hehe. Cantik dan meriah. Ni kat kilometer berapa ni? Pesal la dulu aku tak nampak makhluk2 meriah cenggini..

    Wednesday, July 7, 2010 at 3:17 pm #
  7. adiman wrote::

    nik: haha mcm sial la bohhh

    hernie: watermark ade, tak nampak sangat. gambar2 close up tu sekitar Lompoyou. Rasanya dalam kilometer 4 ke 5 mcm tu la kot.

    Wednesday, July 7, 2010 at 3:21 pm #
  8. hernie wrote::

    eh, tengok 100x baru nampak watermark.. :D

    Wednesday, July 7, 2010 at 3:22 pm #
  9. beeramzaa wrote::

    arghh! jange la buh banyat-banyat pic. sbb bilo duk pic nambo 5 raso mace nok komen, tapi bilo skrol kat nambo 10, nok komen lagi, skrol skrol skrol…sapa kotok komen, tok ingat blako! argh keno skrol naik smula. adu.

    (slepas skrol 2,3,4 kali)
    1. kalu santa ado skali pon dkat pokok ala-krismes (x igt doh pic nambo brapo) tuh, broadimang tergolom dale ‘good boi’ ko dio nap bui adioh?
    2. gamba namo 10 kelaaaaaasss uhh! LIKE!
    3. hap nambo 27 jugok amat chantek! tapi sorry sir, tok baik kalu ado gadis2 dan pesta buih, maksiat tuh! haish!
    4. lepas nambo 27 skrol laju-laju sbb takut tok ingat nok type gapo kat kotok komen.

    sekian. (wahahahaha puah hati tulih banyot-banyot)

    Wednesday, July 7, 2010 at 10:46 pm #
  10. adiman wrote::

    hernie: haha kan

    bee: good boi dia bagi hadiah helikopter. bad boy di abagi ps3 je. haha tengs tengs

    Thursday, July 8, 2010 at 10:14 am #
  11. umiyan wrote::

    gilerrrr cun tak hengat gambar 26. Aku minat sgt dengan pokok samseng tuh.

    Friday, July 9, 2010 at 8:44 am #
  12. adiman wrote::

    tengs umiyan

    Friday, July 9, 2010 at 9:41 am #
  • Post a Comment

    Your email is never published nor shared. Required fields are marked *

    *
    *
5 visitors online now
0 guests, 5 bots, 0 members
Max visitors today: 9 at 01:04 pm UTC
This month: 47 at 09-03-2010 02:59 am UTC
This year: 47 at 09-03-2010 02:59 am UTC
All time: 47 at 09-03-2010 02:59 am UTC