Gunung Kinabalu – Part II

Part II of V

Untuk ke puncak Kinabalu, korang boleh pilih samada untuk melalui trek Mesilau atau melalui Timpohon Gate. Kedua-duanya akan bertemu pada simpang tiga Timpohon – Mesilau – Laban Rata. Perbezaan diantara kedua-dua trek ini adalah:

  1. Trek Mesilau 2 kilometer lebih jauh dari Timpohon.
  2. Trek Mesilau banyak view cantik yang tak dapat digambarkan. Cewah.
  3. View dari trek Timpohon nampak semak je la.
  4. Trek Timpohon simple saja. Betul-betul macam naik tangga.
  5. Trek Mesilau fancy sket sebab ada banyak tangga kayu yang saiko, jambatan, jambatan gantung dan air terjun. (mental jugak la)
  6. Guide fee dan porter fee dari Mesilau lebih mahal (sebab lebih jauh)

OK itu saja perbezaan dia. Tepuk dada tanya selera. Tengok gambar lak.

Day 2: Ya itu dia! Si periuk kera bersaiz mini. Hanya muat untuk memasak dua urat megi. Apa jenis periuk lah macam ni. Harapkan comel saja. Haha.

2. Day 2: Moss forest la ni lebih kurang. Banyak gila lumut-lumut dan alga. Macam-macam kaler. Cantik gila. Huih macam jadi cikgu subjek biologi lak.

3. Day 2: Seterusnya macam ni la rupa tangga-tangga yang ada dekat trek Mesilau. Bole tahan la lenguh kaki. Dalam gambar ni yang tak panjang. Ada satu tempat tu, macam nak mampus naik tangga. Seres tak tipu. Tapi tak penah dengar lagi orang mampus sebab naik tangga kan?

4. Day 2: Rupa trek bila landai. Ok la. Ada banyak akar pokok, banyak batu. Cuaca sejuk dan nyaman. Memang best untuk insaf balik selepas menyumpah naik tangga. Haha.

5. Day 2: Moss lagi! Dalam tu ade lobang. Ade bunyi pelik-pelik. Aku rasa ada resaksa.

6. Day 2: Lagi trek landai. Masa ni la nak amik nafas sebenarnye. Kalau idok, memang mampuih la tak cukop oksijen. Dinasihati sapa yang ada asthma dan sakit jantung, JANGAN la ngade nak naik Kinabalu. Nanti free dapat stairway to heaven via Mesilau Trail.

7. Day 2: Punya la azab jalan jauh, baru 1.5KM je rupanya. *nanges* seres rasa nak nanges. Haha.

8. Day 2: Geng ni la dok block jalan tak reti beri laluan kat orang. Dahla ramai 12 eko. Cis. Haha emo lak.

9. Day 2: Pokok ni besar nak mampus. Seres besar. Tapi sebab gua sorang je time tu dan gua tengah penat dan gua takde idea, gua snap mcm ni je. Nampak la mcm sekeping je pokok ni. Tak nampak besar dah T_T

10. Day 2: Batu besar nak mamps dengan lumut-lumut lagi. Yela, semua gua nak amik gambar. Tapi tak sampai pon dekat audience sebab gambar tak nampak benda sebenar. Keji la gua ni.

11. Day 2: Tapi pokok ni cantek. Dipenuhi dengan kehijauan. Mesti mesra alam ni sebab ramai pokok kecik mau tumpang atas beliau. Tak pun sewa dia paling murah. Haha.

12. Day 2: Ahmad Monolo dan gua. Ingat senang ke hiking bawak kamera? Susah gilababi dan berat dan leceh. Nak kene jaga dari kene hujan lagi, dari terhantuk bila jatuh lagi, dari pengkeji yang hanya tahu possing tapi tak reti nak amikkan gambar tukang gambar lagi. Hehe.

13. Day 2: Mini parliament. Sesuai untuk melepaskan hajat. Semua tandas bersih. Jangan risau. Hampir setiap 1km ada jamban gini. Kalau time cirit pon boleh naik Kinabalu. Tarahal punyer.. Haha.

14. Day 2: Seekor air terjun kechil yang gua jumpe sepanjang perjalanan. Apa lagi, gua amik la gambar.

15. Day 2: Gambar ni OOF sebenarnya. Gua pakai wide open, shutter slow handheld dengan ISO tinggi pulak. Dalam hutan ni gelap Ya Robbi... Terpakse la weeehh.

16. Day 2: Kan gua dah kata ada jambatan gantung. Mari gua memperkenalkan Jambatan Gantung kurungan, Kipuyut. Kiut gila nama. Bawah tu ada anak sungai. Mak sungai tatau pi mana.

17. Day 2: Ahmad Monolo bersama Adi Sarawak. Ahmad Monolo macam hantu nak menurun pon ade.

18. Day 2: Lepastu gua berasa dengki mahu juga bergambar diatas jambatan yang kiyut ni. Gua set la timer sebab takde orang lain dah nak tolong picit shutter. Lepastu dah set timer, kena la lari kan? Gua pon cepat-cepat la nak ke hujung sana takot timer dah time. Adi Swk jerit "JANGAN LARI!!!" Ops gua lupa. Ini kan jambatan gantung. Haha. Akhirnya Nabila (kasut gua) sahaja yang sempat mencelah sebelum timer sudah time. T_T

19. Day 2: Rupa sebenar Kipuyut ni. Bole tahan la panjang dia dan kalau berlari memang dia akan goyang la.

20. Day 2: Anak sungai dibawah Jambatan Gantung Kipuyut.

21. Day 2: Selepas itu ada la jambatan yang macam ni. Takde la bosan sangat perjalanan tu.

22. Day 2: Paling tak tahan adalan benda ni. Memang saiko abis sampai bersumpah tanak lalu lagi ikot sini. Haha.

23. Day 2: Gunung dilitupi awan. Macam ni la rupanya akalau kita berada didalamnya. Oh seperti di alam fantasi, bebeh. Sejuknye toksah tanya la. Macam dalam peti sejuk belah atas simpan air batu. Bayangkan diri engkau adalah seekor ikan kembong bogel dalam peti sejuk tu. Sejuk kan? (Tak pepasal kene imagine jadi ikan kembong)

24. Day 2: Lagi sekali jumpa periuk kera mini. Yang besar gua tak jumpa. Sebenarnya ada tapi tak perasan. Kecik pon jadila. Janji rupa dia sama hensem.

25. Day 2: Dari sudut berlainan. Yang ni gemuk sikit dari yang tadi. Kuat makan ni...

26. Day 2: Naik ada, turun pon ada. Time turun rasa bersyukur gak la.

27. Day 2: Pokok apa tah. Background putih berkabus. Tak nampak langit dah.

28. Day 2: Benda serabut-serabut. Banyak bergantungan dekat pokok-pokok kat sana. Gua namakan beliau, Janggut. Hai, Janggut.

29. Day 2: Batang kayu bengkok. Nais. Batang ke akar? Ah, ntahlah.

30. Day 2: Trek seterusnya ke arah kejayaan. Nantikan episod seterusnya.

Bersambung Part III

VN:F [1.9.3_1094]
Rating: 10.0/10 (1 vote cast)
Gunung Kinabalu - Part II, 10.0 out of 10 based on 1 rating

Related posts:

  1. Gunung Kinabalu – Part V
  2. Gunung Kinabalu – Part IV
  3. Gunung Kinabalu – Part III
  4. Gunung Kinabalu – Part I
  5. Gunung Angsi

Tags: , , ,
Support adiman.net by clicking the ads. Thank you!

Comments (14)

  1. cacacah wrote::

    best best!
    macam biasa kapsyen memang kelakar… :D

    Monday, July 5, 2010 at 10:19 am #
  2. adiman wrote::

    tengs cacacah

    Monday, July 5, 2010 at 11:23 am #
  3. muna wrote::

    yeww membuatkan aii rasa nak mendaki kinabalu, haha. satu kejayaan hebat tu sebab aii dah berpatah arang nak mendaki sebarang gunung dah :p

    Monday, July 5, 2010 at 11:33 am #
  4. shukri wrote::

    permandangan nie dh biasa wa tgk tapi ayat-ayat lu yang memang wat wa seronok wa baca. sukerx3..

    Monday, July 5, 2010 at 12:02 pm #
  5. umiyan wrote::

    gambau no 30 paling cun bai… panjang gak kaki ko kan … aterr leh sampai gunung kinabalu..ahaks

    Monday, July 5, 2010 at 1:42 pm #
  6. adiman wrote::

    memuna: marila kita mendaki sekali lagi. haha

    shukri: tengs.

    umiyan: bole tahan panjang la. haha

    Monday, July 5, 2010 at 1:45 pm #
  7. cha'in wrote::

    best gambo2 ni. aku tak cukup terer pakai camera dan terlalu penat untuk fokus ambik gambar cantik2. patut hari tu mintak kau kasi crash course, lepas tu praktis on the spot. baru best! maybe time hiking2 akan datang kot.

    Monday, July 5, 2010 at 5:37 pm #
  8. adiman wrote::

    kau tak makan power bar. pejo pon sama. patut la penat. haha

    Tuesday, July 6, 2010 at 12:17 am #
  9. nik wrote::

    gilo kemah kelah demo bohh.. respek ah… tok saba nok tgk gambar menuju puncak :)

    Tuesday, July 6, 2010 at 1:58 am #
  10. adiman wrote::

    hahaha. demo memey biso bermain anging kawe. kawe tahu demo lagi kemah boh! demo ore putra-giant! nanti kawe update.

    Tuesday, July 6, 2010 at 10:56 am #
  11. Shaz wrote::

    cantik sangat….

    Tuesday, July 6, 2010 at 2:53 pm #
  12. beeramzaa wrote::

    ahhhh! gelak dkat caption2 punye pasal trus lupe nak komen pe. y ingat no pic je..16, 27..urgh!

    broadimang, nais amat gamba!

    Wednesday, July 7, 2010 at 10:59 pm #
  13. beeramzaa wrote::

    oh ingat doh! Kipuyut itu sumgoh kiyut!

    Wednesday, July 7, 2010 at 11:01 pm #
  14. adiman wrote::

    shaz: tq!

    bee: lol memang cute

    Thursday, July 8, 2010 at 10:05 am #
  • Post a Comment

    Your email is never published nor shared. Required fields are marked *

    *
    *
6 visitors online now
0 guests, 6 bots, 0 members
Max visitors today: 9 at 01:04 pm UTC
This month: 47 at 09-03-2010 02:59 am UTC
This year: 47 at 09-03-2010 02:59 am UTC
All time: 47 at 09-03-2010 02:59 am UTC