2nd Putrajaya Hot Air Balloon Fiesta – Part II

Mari sambung bahagian kedua dari tiga siri Fiesta Belon Udara Panas Putrajaya. Sedikit flashback; hari pertama aku pegi adalah pada waktu petang. Aku frust sebab angin kuat. Tak ada belon yang terbang atas faktor keselamatan. Hari kedua aku pergi lagi. Petang jugak. Kali ni angin masih kuat dan sedikit hujan. Tapi lepas tu cuaca OK. Berjaya la terbang beberapa biji belon. Puas hati sedikit sebab dapat menembak.

Hari ketiga, aku nekad-senekadnya untuk pegi pepagi hari kerana aku optimis cuaca superb di pagi hari. Lepas subuh terus gerak dari Damansara. Sampai sana pukul 7 pagi lebih sesikit. Paking dah penuh dengan kereta. Demit! Aku terlambat!! Belon pulak dah start terbang.

Lepastu aku sakit perut. Kene cari jamban dulu. Haha.

Tapi akhirnya dapatlah jugak beberapa shoot. Puas hati la dari semalam walaupun plan asal aku untuk amik gambar semua belon berkumpul dari sebelah Monumen Alaf Baru gagal.

Part II of III.

Gambar diambil dari Jambatan Seri Wawasan. Seekor belon dalam air. Aku rasa semacam je gambar ni. Noise bersepah. ISO aku tinggi ni. Pagi tu tak cukup cahaya. Mandom gila. Cuba kira. Ade 14 helai belon. Memang berbaloi-baloi.

2. Darth Vader di Putrajaya bebeh. + Gambar gelap. Bodoh gila sapa ambik gambar ni. Haha.

3. Paraglider amik lap keliling belon. Muka dia cuak sebenarnya. Sebab tu beliau tak pandang kamera.

4. Seluar yang besar itu. Cutting untuk yang langsing sahaja. Macam ai.

5. Paraglider terbang dari arah masjid besi. Belah kiri tu tiang Monumen Alaf Baru.

6. Golongan belon yang gagal terbang lepas di ruang udara Putrajaya. Loser. Haha.

7. Juga ada bot ala-ala macam perahu tambang. Tapi tambang dia tatau lah macam perahu tambang atau macam naik kapal terbang. Gambar akibat kebosanan dari atas Jambatan Seri Wawasan.

8. Aku main-main dengan GND8 aku. Hasilnya, metering kamera aku overkan bahagian bawah tanpa menjahanamkan langit yang mandom. Air jadi glittering shiny yo! I like it.

9. Iqbal (Kawan aku) duduk meniarap atas rumput penuh pokok semalu. Lepastu dia menyumpah-nyumpah sebab terkena duri. Haha. Aku curi idea dia, bermain bokeh(Efek blur). Inilah hasilnya. Hehe.

10. Antara belon yang ditambat dengan tali. Tambang naik RM10. Naik atas 10 saat pastu turun balik. Wow! Seronok gila. Haha.

11. Ini aku namakan beliau 'si pemalu'. Mengintai celah batang pokok, senyum macam kambeng. Haha.

12. Chenta hati terbang di udara. <3

13. Sessi petang, Mengisi angin dan memanaskan udara didalam belon.

14. Aku suka betul bila belon tu menyala macam ni. Lepastu aku berlari ke masjid untuk menunaikan solat maghrib berjemaah. ANAK SAPAAAAAAAAAAA LAAA NIIIII??? HAHAHAHAHAHAHAHHAHA

VN:F [1.9.20_1166]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)

Related posts:

  1. 4th Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta
  2. 3rd Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta
  3. 2nd Putrajaya Hot Air Balloon Fiesta – Part III
  4. 2nd Putrajaya Hot Air Balloon Fiesta – Part I
  5. Putrajaya Night Run 2010

Tags: , , , , , ,

Comments (16)

  1. arep wrote::

    santek pics u ols.. nak curik lah

    Tuesday, March 23, 2010 at 9:18 am #
  2. cacacah wrote::

    siap royat tu gi masjid… :P
    anak sapa la ni…

    Tuesday, March 23, 2010 at 9:58 am #
  3. fiza. wrote::

    suke gambar rumput!

    Tuesday, March 23, 2010 at 10:58 am #
  4. beeramza wrote::

    dabel beci.

    Tuesday, March 23, 2010 at 12:36 pm #
  5. adiman wrote::

    arep: uolls jangan curi nyah! mek potong tangan nyah nanti!

    ecah: mestila. haha

    fiza: tengs :)

    beha: allollololo

    Tuesday, March 23, 2010 at 12:39 pm #
  6. buzzybug wrote::

    gambar #8 tu memang lawa.

    Tuesday, March 23, 2010 at 3:03 pm #
  7. awe wrote::

    Bokeh jgn dok bokeh….sampai lupo keno duri….comei gambar nih..

    Tuesday, March 23, 2010 at 4:36 pm #
  8. adiman wrote::

    bug: tengs :)

    awe: tengs. time amik gambar memang lupa diri. haha

    Tuesday, March 23, 2010 at 4:44 pm #
  9. landaklaut wrote::

    paling suka gambar #11. :) di sebalik pokok. hihi.

    Wednesday, March 24, 2010 at 11:01 am #
  10. nurads wrote::

    gempaq2 beb!.. tp tak tahan gelak baca tag2 pict hg.. haha..

    Wednesday, March 24, 2010 at 11:10 am #
  11. adiman wrote::

    landak: suke gak. huhu

    nurads: tengs bebeh

    Thursday, March 25, 2010 at 1:13 pm #
  12. Mya Sakura wrote::

    haaa..mentara tunggu fireworks tu berjemaah isya’ kat mesjid tak abam..?? hehe

    Thursday, March 25, 2010 at 5:11 pm #
  13. adiman wrote::

    mak tak sempat la nak berlari-lari anak ke masjid tu nyah oi! sampai je sana salam dengan abang imam ta sempat, bunga hapi pons tak sempat. meraung la uollss~!

    Thursday, March 25, 2010 at 5:13 pm #
  14. M-I-N wrote::

    ayat last.
    memnag tak buleh blah.

    Friday, March 26, 2010 at 2:44 pm #
  15. M-I-N wrote::

    eh,
    ralat.
    ayat pada gambar last.

    Friday, March 26, 2010 at 6:23 pm #
  16. adiman wrote::

    ayat last tu kan deathblow. mestila gempak. haha

    Friday, March 26, 2010 at 7:23 pm #
  • Post a Comment

    Your email is never published nor shared. Required fields are marked *

    *
    *

-->