Dabong Caving, Kem Baha, Gunung Stong – Part II

Hari kedua adalah lebih hebat dari hari pertama kerana; malam semalam hujan. Hampir tidur dalam keadaan air menitik diatas kepala (trauma sejuk beku kebasahan camping di Kem Sungai Pauh, Cameron Highlands masih menghantui diri), dan harini akan mendaki ke puncak Gunung Stong (teruja). Namun, perjalanan ke Gunung Stong tidaklah begitu santai seperti yang diharapkan sebab hujan punye la lebat oh.

Kami merupakan kumpulan yang terakhir dari Keb Baha bergerak naik ke Gunung Stong. Gua pulak hiking slow sahaja sebab tidak lari gunung dikejar. Wahahaha. Setelah 60% perjalanan, (amboi matematik sungguh aku ni) hujan pun turun dengan super lebat. Bila hujan lebat, perjalanan akan menjadi perlahan, sejuk nak mampus, bag menjadi berat, kaki senang krem dan cepat lapar (haha). Tapi tak mengapa kerana setibanya gua di puncak Stong, gua dikejutkan dengan satu kejutan (opocot mak kau!) gua terkejut didalam hati.

Semasa gua lepak-lepak mengambil nyawa(hahaha) di tepi batu puncak Stong dan tak sabar nak keluarkan kamera untuk mengambil gambar kejayaan, gua ditegur oleh ciki-ciki. “Ni adiman blogger kan?”.

AMAIGAAAAAAAAAAAAD GUA DALAM BANYAK TEMPAT, GUA JUMPE PEMBACA BELOG GUA DI PUNCAK GUNUNG STONG!

titik titik titik

:O <- muka tekejut kemerahan malu-maluan.

titik titik titik

“ano.. ano.. ano..”

DEEEEEEEEEEEEYYYYYYYYYYYYYYYYYYMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMM.

OPOOOOOOOOOOOOOOOOOOCOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOTTTTTT MAAAAAAAAKKKKKK KAAAAAAAAAAAAAAAAAUUU

HAHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHHAHAHAHHA

OK cukuplah histeria seperti budak skolah kene rasuk hantuk kopek.

Pertama kali gua ditegur sedemikian oleh orang yang tidak dikenali yang mana orang yang tidak dikenali itu adalah ciki-ciki (perasan) . Kerana pengalaman gua ditegur gadis hanya berdasarkan situasi:

  1. Bag gua tak zip.
  2. Zip gua tak zip.
  3. Zip gua takleh zip.
LOL

Gua pon menjadi malu-malu dan speachless. HAHAHAHAHAHAHA. Antara kesilapan gua pada saat tersebut:

  1. Gua tak konterol gagah macam hero remaja ala-ala pendaki harcore.
  2. Gua tak ajak ciki-ciki tu bergambar.
  3. Gua tak tanye nama ciki-ciki tu apatah lagi mintak fesbuk. Haha
  4. Gua sangap sesangapnya.
  5. Gua… gua.. gua.. ano.. ano.. LOL
Cerita selepas itu sudah tidak penting. Sekian.

Personal travel log:

29 April 2012 
9:45 AM – Bergerak ke Gunung Stong dari Kem Baha.
12:00 PM – Tiba di Gua Bogo.
2:30 PM – Tiba di puncak setelah ditimpa hujan lebat yang amat.
2:31 PM – OPOCOT MAK KAU!
4:00 PM – Mula turun untuk kembali ke Kem Baha.
6:00 PM – Tiba di Kem Baha untuk bermalam.

30 April 2012 
5:20 PM – Bergerak turun ke starting point melalui trek jambatan gantung.
6:20 PM – Tiba di Starting point.

Total 37 photos.

Iskandar menyiapkan bungkusan spaghetti (with olive oil) kedalam plastik untuk diangkut seorang satu sebagai bekal lunch diatas Gunung Stong. Macam mak bungkus makanan untuk anak-anak skolah je. Mulia sungguh Iskandar.

More Photo

VN:F [1.9.17_1161]
Rating: 9.0/10 (1 vote cast)

 

 

Dabong Caving, Kem Baha, Gunung Stong – Part I

Sudah lama gua mengimpikan diri gua berada di puncak air terjun yang tertinggi di Asia Tenggara.

Personal travel log:

28 April 2012 
7:00 AM – Tiba di Stesyen Keretapi Dabong.
9:10 AM – Bertolak dengan van untuk aktiviti caving.
11:00 AM – Tamat aktiviti caving di Gua Gelap, Gua Keris, Gua Pagar dan Gua Ikan.
12:00 PM – Kembali ke Stesyen Keretapi Dabong untuk lunch dan preparation ke starting point hiking.
12:45 PM – Bertolak dengan menaiki van ke Starting Point.
1:20 PM – Mula hiking ke Air Terjun Jelawang melalui trek air terjun yang comel.
3:49 PM – Tiba di Kem Baha untuk bermalam.

Total 43 photos.

Disinilah segalanya bermula, turun keretapi disini, nak berak keras disini, nak kencing bertabur juga disini, nak tuka baju disini, nak makan disini, nak shopping barang hiking disini, nak makan disini. Nak balik pon disini. Hebatnya disini!

More Photo

VN:F [1.9.17_1161]
Rating: 6.0/10 (1 vote cast)

 

 

4th Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta

Setahun aku menunggu saat ini, akhirnya ia tiba. Setibanya aku disana di pagi buta sebelum pukui tujuh, hampehnya rasa. Kenapa tahun ini tidak best seperti tahun lepas? Kenapa tahun ini tak ada belon Doraemon? Kenapa tukar dengan belon berbentuk kek yang tak boleh dimakan? Kenapa? Kenapaaaaaaa? Tapi serius, bagi aku spisis belon udara panas tahun ni agak mengecewakan. Tak tahu kenapa. Tapi tak mengapa, bagi melepaskan gian aku untuk mengambil foto, rasalah kau gambar yang semakin teruk kualitinya memandangkan aku sudah lama tidak memegang kamera. Ha ha ha.

Total 15 Photos.

Dimanakah otromen dikala kita semua diserang seekor burung kiwi unibrow gemuk dari New Zealand?

More Photo

VN:F [1.9.17_1161]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)

 

 

Iklan: iPhone app – iman 1.0

iman 1.0

iman app blog: http://iman.adiman.net

appstore

Prayer time based on eSolat JAKIM for fellow Malaysians with compass for Qibla direction.

- Prayer times divided by zones in Malaysia.

- Displays up to 7 days of prayer time.

- Bonus Info Jama’ Qasar.

- Also includes prayer time by calculation methods for outside Malaysia. (Muslim World League, Islamic Society of North America, Egyptian General Authority of Survey, Umm al-Qura University, University of Islamic Sciences, Institute of Geophysics, University of Tehran, Jafari Shia Ithna Ashari)

- Asar calculation methods (Shafii, Maliki, Jafari, Hanbali, Hanafi)

- Configurable prayer time notifications.

- Hijri Calendar

My fist iDevice app is now available in AppStore: iman 1.0 it's FREE, jom download!

appstore

VN:F [1.9.17_1161]
Rating: 10.0/10 (1 vote cast)

 

 

Bukit Tabur (West): Membawa pelancong. LOL

Gua bawak pelancong naik Bukit Tabur lak. Diorang tanak naik kalau gua ada. Jadi gua membawa mereka. Mereka pon berasa gembira. Wahahaha.

 Total 14 photos.

Macam bisa, kita pose untuk bergambar dulu sebelum memulakan perjalanan. Kemudian, dengan lafaz bismillah terus panjat dengan hebatnya!

More Photo

VN:F [1.9.17_1161]
Rating: 7.0/10 (1 vote cast)

 

 

Sungai Chiling: Hot sun and hot pants

Haha abaikan tajuk diatas. Gua tak pernah pegi Sungai Chiling ni tapi gua jadi organizer. Last-last, orang lain tunjuk jalan. Haha. Tapi takpe. Gua jadi pemandu pelancong masa jungle trekking. Sungai ni ada air terjun. Air terjun dia 3 tingkat tapi sebab macam rushing, kitorang lepak tingkat pertama je. Nanti nak pegi lagi naik sampai atas. Baru la terbaek. Apa-apa pun mari usha gambar.

Total 13 photos.

Jalan masuk ke Santuari Ikan Sungai Chiling. Nampak macam tak bagi orang masuk tapi sebenarnya dia tanak orang masuk dengan kenderaan je. Dibuka kepada orang ramai pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad sahaja. Jangan mengada nak pegi hari Senin okay!

More Photo

VN:F [1.9.17_1161]
Rating: 7.5/10 (2 votes cast)

 

 

Broga Hill: Sapa tah mayor kat sini

Berapa kali mau naik daaaaa? (Tajuk takde kaitan)

Macamni lah kalau kawan-kawan ajak pegi naik. Kene la jadi tourist guide demi kawan-kawan yang kononnya nak bersenam. Sungguh ceria mereka. Janji pukul 630 jadi pukul 830. Memang hebat lah semangat kemelayuan! Lewat pon lewat lah. Aku dah tahu kalau lewat macam ni panas nak mampus la diatas sana. Maklumlah atas bukit secara ilmu fiziknya, lagi dekat dengan matahari oleh itu lagi panas dari penduduk di tanah rata. Ha ha.

Total 7 photos.

Ceria betul. Tak sedar diri lambat! Haha. Standard la ni selagi tak start hiking, senyum sampai telinga. Dah start nanti tengok la muka seko-seko macam hape. Dengan kompiden tak bawak air satu hal. Bagus betul!

More Photo

VN:F [1.9.17_1161]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)